16 April 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Euro menyusut susulan rancangan untuk pelonggaran sekatan coronavirus.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang euro yang didagang terhadap dolar AS dan mata wang lain telah susulan dengan perbincangan EU mengenai kebarangkalian dalam pelonggaran sekatan koronavirus. Menurut kepada laporan terbaru, ekonomi yang terbesar di blok EU, Jerman telah merancang untuk membuka semula sebahagian daripada ekonominya secepatnya mungkin pada hari Isnin. Pembukaan tersebut akan membolehkan para peruncit dengan ruang seluas 800 meter persegi dibenarkan untuk dibuka semula pada hari Isnin hanya jika mereka mempunyai rancangan untuk kebersihan yang baik. Sekolah-sekolah di negara tersebut juga akan dibuka semula pada 4 Mei, tetapi sebarang acara yang besar akan tetap akan dilarang sehingga sekurang-kurangnya 31 Ogos. Canselor Jerman Angela Merkel akan membincangkan pelonggaran sekatan tersebut dengan 16 pemimpin negeri negara Jerman. Namun, pasaran masih bimbang mengenai risiko di mana pemerintah harus melonggarkan sekatan dan kemungkinan koronavirus akan muncul kembali, justerunya ia menyeret sentimen Euro ke bawah. Pada masa yang sama, pengukuhan dolar AS juga menyumbang kepada penurunan pasangan mata wang ini. Pada masa penulisan, EUR / USD telah jatuh 0.31% kepada 1.0874 sementara indeks dolar telah meningkat 0.44% kepada 99.90.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah tetap lemah dan jatuh sebanyak 0,75% ke $19,93 setong pada masa penulisan susulan dengan tanda-tanda yang jelas mengenai masalah bekalan berlebihan. Menurut kepada perkembangan terbaru, Badan Tenaga Antarabangsa (IAE) telah memberi amaran terhadap kejatuhan 29 juta tong sehari dalam permintaan minyak pada bulan April di laporan bulanannya, tahap yang tidak pernah dilihat dalam lebih dari dua dekad. Walaupun dengan pemotongan pengeluaran dari OPEC +, jumlahnya yang menunjukkan bekalan yang berlebihan tidak dapat dielakkan ketika virus COVID-19 terus mengurangkan permintaan. Seterusnya, harga emas telah berundur sebanyak 0.04% menjadi $ 1715,15 se troy auns berbanding dengan kenaikan dolar yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Apr) | 86.1 | – | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Mar) | 1.452M | 1.300M | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 6,606K | 5,105K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) | -12.7 | -30.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 99.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 100.30, 100.85
Tahap sokongan: 99.95, 99.40

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.2435. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2620, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2435, 1.2205

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.0885. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.0850.
Tahap rintangan: 1.0885, 1.0945
Tahap sokongan: 1.0850, 1.0775

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 106.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.05.
Tahap rintangan: 109.05, 110.15
Tahap sokongan: 106.95, 105.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6460. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6185.
Tahap rintangan: 0.6460, 0.6640
Tahap sokongan: 0.6185, 0.5985

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.5935. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6020, 0.6120
Tahap sokongan: 0.5935, 0.5845

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.4005. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.4250.
Tahap rintangan: 1.4250, 1.4540
Tahap sokongan: 1.4005, 1.3870

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9600. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9765.
Tahap rintangan: 0.9765, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9600, 0.9495

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 20.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 19.25.
Tahap rintangan: 20.65, 22.50
Tahap sokongan: 19.25, 17.75

GOLD_, H1: Gold price telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1745.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1745.60, 1770.40
Tahap sokongan: 1698.65, 1657.80