83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 April 2021                       Analisis Sesi Petang

Aussie berundur susulan data China yang bercampuran.

Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah berundur dari tahap tinggi selepas keputusan yang bercampuran dari data China. Menurut kepada Biro Statistik Nasional China, data Retail Sales telah meningkat kepada 34.2%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 28%. Namun, GDP China telah jatuh sebanyak 18.3%, lebih teruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 18.9%. Di samping itu, data Industrial Production juga merosot kepada 14.1%, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak 17.2%. Oleh kerana China menjadi rakan perdagangan terbesar Australia, data-data yang lemah secara keseluruhan juga mencabar sentimen Aussie. Selain itu, ketegangan antara AS dan China juga mempengaruhi sentimen. Menurut kepada laporan, Presiden A.S. Joe Biden sedang berusaha untuk menjalin hubungan yang lebih erat dengan Jepun dan bersedia untuk menentang pengaruh China yang semakin meningkat. Pada masa penulisan, AUD/USD merosot sebanyak 0.27% ke 0.7727.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal kukuh dan meningkat sebanyak 0.06% kepada $63.37 setong semasa penulisan berikutan dengan optimisme terhadap pertumbuhan permintaan terus menyokong pasaran. Prospek permintaan minyak global terus cerah apabila negara pengguna minyak terbesar seperti A.S. dan China terus membuat kemajuan dalam pemulihan mereka. Selain itu, para pelabur juga menantikan permulaan musim pemanduan A.S yang berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos dan boleh menjangkakan jumlah perjalanan yang meningkat. Sebaliknya, harga emas turun sebanyak 0.15% kepada $1761.47 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan lantunan dalam dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – CPI (YoY)(Mar) 0.9% 1.3%
20:30 USD – Building Permits (Mar) 1.720M 1.750M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 91.35. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 92.00.

 

Tahap rintangan: 92.00, 92.55

Tahap sokongan: 91.35, 90.80

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3800. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3675.

 

Tahap rintangan: 1.3800, 1.3905

Tahap sokongan: 1.3675, 1.3560

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1985. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1920.

 

Tahap rintangan: 1.1985, 1.2045

Tahap sokongan: 1.1920, 1.1860

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.45. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.20.

 

Tahap rintangan: 109.20, 109.90

Tahap sokongan: 108.45, 107.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7770. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7705.

 

Tahap rintangan: 0.7770, 0.7815

Tahap sokongan: 0.7705, 0.7665

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7110. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7320.

 

Tahap rintangan: 0.7320, 0.7435

Tahap sokongan: 0.7110, 0.6960

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2565. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2565, 1.2615

Tahap sokongan: 1.2515, 1.2475

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9365, 0.9465

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9060

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 63.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 63.60, 64.80

Tahap sokongan: 61.85, 59.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1767.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1767.55, 1813.55

Tahap sokongan: 1728.25, 1684.45