16 Jun 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut walaupun pelaksanaan kenaikan kadar yang hawkish.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama merosot selepas mesyuarat FOMC. Menurut kepada Reuters, Rizab Persekutuan telah melaksanakan kenaikan kadar 75 mata asas dalam mesyuarat, yang melebihi ramalan pasaran 50 mata asas. Namun begitu, Dolar AS berundur daripada paras tertinggi baru-baru ini di tengah-tengah ramalan ekonomi daripada Fed. Menurut kepada unjuran ekonominya, Rizab Persekutuan menjangkakan pertumbuhan negaranya akan menjadi lebih lemah, dan kadar pengangguran berkemungkinan akan meningkat selepas kenaikan kadar yang agresif. Ramalan pertumbuhan menurun ke 1.7% untuk 2022 daripada 2.8%, dan ramalan kadar pengangguran dinaikkan ke 3.7% untuk 2022 daripada 3.5%. Walaupun pelaksanaan kenaikan kadar berkemungkinan akan memerangi risiko inflasi, ia juga mungkin meningkatkan kos pinjaman pengguna. Akibatnya, keadaan tersebut berkemungkinan akan mengurangkan perbelanjaan pengguna di AS, yang membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di rantau AS. Selain itu, data jualan runcit yang bearish mendorong momentum bearish yang lanjut ke atas Indeks Dolar. Core Retail Sales MoM AS dan Retail Sales MoM AS bagi bulan Mei telah memberikan bacaan suram, iaitu 0.5% dan -0.3%, lebih rendah daripada ramalan pasaran 0.8% dan 0.2% masing-masing. Ia telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah aset lain yang mempunyai prospek yang lebih baik. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.69% ke 104.61.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.94% ke $116.39 setong semasa penulisan. Namun, aliran keseluruhan harga minyak kekal menurun berikutan inventori minyak yang lebih tinggi daripada jangkaan. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.84% ke $1834.75 se-troy auns semasa penulisan selepas ramalan kemelesetan ekonomi daripada Rizab Persekutuan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
16:30 CHF SNB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:30 | CHF – SNB Interest Rate Decision (Q2) | -0.75% | – | – |
19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Jun) | 1.00% | 1.25% | – |
20:30 | USD – Building Permits (May) | 1.823M | 1.787M | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 229K | 215K | – |
20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun) | 2.6 | 5.3 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 104.80, 105.90
Tahap sokongan: 103.65, 102.50
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2190, 1.2270
Tahap sokongan: 1.2080, 1.1975
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0520, 1.0605
Tahap sokongan: 1.0450, 1.0385
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 134.25, 135.05
Tahap sokongan: 133.10, 131.95
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7165
Tahap sokongan: 0.7005, 0.6930
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6350, 0.6425
Tahap sokongan: 0.6295, 0.9235
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2875, 1.3000
Tahap sokongan: 1.2765, 1.2635
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9960, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9900, 0.9820
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 115.40, 119.15
Tahap sokongan: 111.25, 106.95
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1855.50, 1884.85
Tahap sokongan: 1829.90, 1807.95