83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat berikutan dengan data Empire State yang positif.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah meningkat berikutan dengan pembebasan data NY Empire State yang positif. Menurut kepada New York Federal Reserve, aktiviti sektor pembuatan di New York telah mencatatkan peningkatan yang terbesar dalam tempoh lebih daripada dua tahun dengan bacaan sebanyak 4.3, melebihi jangkaannya sebanyak 1.6 dan juga terdahulunya sebanyak -8.6 pada bulan Jun. Data tersebut telah mengisyaratkan tanda pemulihan di rantau tersebut yang bakal mendorong pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan harga dolar. Namun, pasaran masih ditekan oleh jangkaan pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas oleh Fed sementara para pelabur menunggu isyarat dan data ekonomi yang akan datang bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya. Dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 96.52 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan NZD/USD telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.20% ke 0.6726 semasa penulisan berikutan dengan pembebasan data CPI. Menurut kepada Statistics New Zealand, CPI bagi suku kedua telah memberi bacaan selaras dengan jangkaan ekonomis sebanyak 0.6%. Walaupun data tersebut telah menunjukkan kestabilan ekonomi di New Zealand, namun bacaan tersebut masih selaras dengan ramalan Bank Pusat New Zealand (RBNZ) dan ia berkemungkinan untuk mengakibatkan kepada pemotongan kadar pada bulan Ogos.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.11% ke $59.37 setong semasa penulisan akibat dengan peningkatan pembekalan dan jangkaan pengurangan permintaan terhadap minyak. Menurut kepada laporan terkini, kebimbangan kelebihan bekalan telah dicetuskan semasa pembekal minyak bermula untuk mengembalikan pembekalan di perairan Teluk Mexico sebanyak 74% yang telah dihentikan akibat dengan taufan Barry. Pada masa yang sama, data China yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi suku tahunan yang terlemah dalam sedekad juga mengisyaratkan pengurangan penggunaan minyak serta mendorong kepada penurunan harga minyak. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.17% ke $1411.53 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

20.00                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

01.00 (17hb)        USD                                        Fed Chair Powell Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (May) 3.1% 3.1%
16.30 GBP – Claimant Count Change (Jun) 23.2K 18.9K
16.30 GBP – Unemployment Rate (May) 3.8% 3.8%
17.00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jul) -21.1 -22.1
20.30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) 0.5% 0.1%
20.30 USD – Retail Sales (MoM) (Jun) 0.5% 0.1%
04.30(17hb)                 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -8.129M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan-MA. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan-MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.35, 95.50

 

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2555. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2490.

 

Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2490, 1.2425

 

 


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1240.

 

Tahap rintangan: 1.1305, 1.1360

Tahap sokongan: 1.1240, 1.1180

 

 


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 108.20.

 

Tahap rintangan: 108.20, 108.70
Tahap sokongan: 107.60, 106.80

 

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.7040. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk berundur ke arah tahap sokongan 0.7000 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7040, 0.7090
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

 

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6720. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya untuk memecahkan kembali dari tahap sokongan 0.6720.

 

Tahap rintangan: 0.6770, 0.6880
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6675

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3110
Tahap sokongan: 1.2985, 1.2900

 

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9860.

 

Tahap rintangan: 0.9860, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9750

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 60.20. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 57.95.

 

Tahap rintangan: 60.20, 61.80
Tahap sokongan: 57.95, 56.00

 

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara rata di atas garisan MA-20 (hijau). Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan 1421.40 atau tahap sokongan 1405.00 adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.

 

Tahap rintangan: 1421.40, 1440.00
Tahap sokongan: 1405.00, 1386.35