83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Julai 2020                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Yen Jepun merosot susulan dengan sentimen penghindaran risiko.

Mata wang Yen Jepun telah merosot semalam susulan dengan peningkatan dalam selera risiko terhadap harapan vaksin semalam dan ia mendorong kepada pengalihan sentimen terhadap aset berisiko seperti mata wang antipodeans. Menurut kepada Reuters, kajian berskala kecil menunjukkan bahawa vaksin COVID-19 eksperimental Mederna Inc menghasilkan tahap antibodi yang tinggi,. Justerunya ia memacu prospek positif untuk pengembangan vaksin di masa depan. Para penganalisis Wall Street menyatakan bahawa data dari 45 sukarelawan percubaan yang sihat menunjukkan vaksin dapat melindungi sukarelawan dari jangkitan virus. Buat masa ini, tidak ada kesan sampingan yang serius dilaporkan dalam kajian yang sedang berterusan, tetapi lebih dari separuh sukarelawan melaporkan reaksi ringan seperti keletihan, sakit kepala dan sakit otot semasa ujian vaksin. Sebenarnya, Moderna mengulangi bahawa mereka akan memberikan sekitar 500 juta dos atau lebih setiap tahun pada tahun 2021 sekiranya mereka berjaya mengembangkan vaksin. Walaupun demikian, data percubaan peringkat awal bukan kesimpulan yang pasti bahawa vaksin dapat berfungsi dengan efektif pada manusia, oleh itu para pelabur masih perlu meneliti perkembangan terbaru berkenaan dengan pengembangan vaksin koronavirus untuk mengukur pergerakan pasangan tersebut. Pada masa penulisan, USD / JPY melonjak 0.04% kepada 106.96.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.04% kepada $ 41.10 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah sentimen positif terhadap harapan vaksin yang memberikan momentum kenaikan harga untuk komoditi hitam ini. Sebaliknya, pasaran emas menyusut sebanyak 0.01% kepada $ 1809,70 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah sentimen risiko di pasaran FX yang mengurangkan permintaan untuk komoditi yang selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:45                     EUR                        ECB Monetary Policy Statement

20:30                     EUR                        ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Average Earnings Index +Bonus (May) 1.0% -0.4%
14:00 GBP – Claimant Count Change (Jun) 528.9K 250.0K
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 1,314K 1,250K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) 27.5 20.0
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) 12.4% 5.0%


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 95.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 97.55.

 

Tahap rintangan: 97.55, 98.80

Tahap sokongan: 95.85, 94.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2660 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2510.

 

Tahap rintangan: 1.2660, 1.2810

Tahap sokongan: 1.2510, 1.2340

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1420. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1320.

 

Tahap rintangan: 1.1420, 1.1505

Tahap sokongan: 1.1320, 1.1175

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 107.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 106.60.

 

Tahap rintangan: 107.40, 108.00

Tahap sokongan: 106.60, 106.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6935.

 

Tahap rintangan: 0.7055, 0.7195

Tahap sokongan: 0.6935, 0.6820

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6580. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6490.

 

Tahap rintangan: 0.6580, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6490, 0.6370

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3485. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan 1.3485.

 

Tahap rintangan: 1.3685, 1.3820

Tahap sokongan: 1.3485, 1.3330

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9430. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9480.

 

Tahap rintangan: 0.9480, 0.9550

Tahap sokongan: 0.9430, 0.9365

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 41.30. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 37.70.

 

Tahap rintangan: 41.30, 43.85

Tahap sokongan: 37.70, 34.70

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam lingkungan yang ketat susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1817.10 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1790.05.

 

Tahap rintangan: 1817.10, 1840.00

Tahap sokongan: 1790.05, 1764.25