16 September 2021 Analisis Sesi Petang
Paun meningkat berikutan dengan data ekonomi yang positif.
Mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah memulih dari paras rendahnya baru-baru ini selepas pengeluaran data ekonomi yang positif baru-baru ini. Menurut kepada Statistik Nasional, data CPI UK telah meningkat kepada 3.2%, jauh lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 2.9%. Ia juga mencatat kenaikan yang tertinggi dalam 24 tahun. Mengikut laporan daripada Reuter, peningkatan kadar inflasi di UK adalah didorong oleh pemulihan pasaran pekerjaan yang lebih cepat setelah UK mencatatkan pengambilan pekerja sebanyak 241,000 individu bulan lalu. Data positif tersebut juga mengukuhkan pandangan bank pusat England bahawa syarat minimum untuk memulakan pengetatan dasar kewangan telah dicapai dan pengurangan jumlah pembelian bon berkemungkinan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat. Pada masa penulisan, GBP/USD telah meningkat 0.04% menjadi $ 1.3840.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.09% kepada $ 72.28 setong semasa penulisan susulan dengan bekalan yang semakin berkurangan. Menurut kepada laporan, penggerudi minyak di Teluk Mexico masih bergelut untuk memulihkan pengeluaran lebih dari dua minggu setelah ribut Ida membuat pendaratan di pesisir Louisiana dengan hampir sepertiga daripada pengeluaran masih terbengkalai. penggerudi minyak telah menutup 36 platform daripada 560 dan mengakibatkan kehilangan pengeluaran sekitar setengah juta tong minyak pada hari Rabu, menurut kepada Biro Penguatkuasaan Keselamatan dan Alam Sekitar. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.10% kepada $1795.60 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan pengunduran dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) | -0.40% | -0.10% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 310K | 318K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Sep) | 19.4 | 19 | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Aug) | -1.10% | -1.00% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 92.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 92.05.
Tahap rintangan: 92.70, 93.10
Tahap sokongan: 92.05, 91.60

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3875.
Tahap rintangan: 1.3875, 1.3990
Tahap sokongan: 1.3765, 1.3600

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1800. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1885, 1.1950
Tahap sokongan: 1.1800, 1.1705

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 109.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.60, 110.20
Tahap sokongan: 109.15, 108.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7335. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.7250.
Tahap rintangan: 0.7330, 0.7415
Tahap sokongan: 0.7250, 0.7150

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7415. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7145, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7075, 0.6990

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2685. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2585.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9200. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9200, 0.9245
Tahap sokongan: 0.9100, 0.9025

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 70.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 74.30.
Tahap rintangan: 74.30, 77.00
Tahap sokongan: 70.45, 68.05

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1806.85. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengunduran dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1785.80.
Tahap rintangan: 1806.85, 1831.20
Tahap sokongan: 1785.80, 1760.35