16 Oktober 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Oktober 16 – 20
Kajian Pasaran (Forex): Oktober 9 – 13
Dolar A.S.
Greenback didagang secara berayun pada hari Jumaat yang lalu berikutan dengan data ekonomi yang memberikan sentimen yang bercampuran kepada para pelabur mengenai kenaikan kadar faedah menjelang akhir tahun ini. Indeks dolar disebut niaga berhampiran 93.62 sewaktu lewat sesi dagangan Jumaat selepas ia memulih dari paras rendah dua minggu di 92.59.
Untuk bulan Ogos, indeks harga pengguna memberikan bacaan sebanyak 0.5% sambil mencatat peningkatan yang tertinggi di dalam tempoh lapan bulan namun masih tersasar daripada ramalan sebanyak 0.6%. Data tersebut telah disokong oleh harga petrol yang lebih tinggi selepas taufan melanda pantai selatan di A.S. pada bulan lalu.
Walaubagaimanapun, kadar inflasi teras yang tidak termasuk makanan dan tenaga masih kekal rendah dengan hanya 0.1% berbanding dengan ramalan sebanyak 0.2%. Keputusan tersebut adalah sejajar dengan ulasan dari beberapa ahli Bank Pusat A.S. (Fed) di dalam minit mesyuarat bulan Disember.
Dari segi perbelanjaan pengguna, jualan runcit teras yang tidak termasuk pembelian kereta telah memberikan bacaan sebanyak 1.0% dan ia menandakan peningkatan yang tertinggi di dalam tempoh 7 bulan. Walaupun peningkatan tersebut dianggap sebagai optimistik, ia telah menimbulkan persoalan utama kepada Fed selepas tekanan inflasi masih kekal suram walaupun perbelanjaan berada di tahap yang lebih tinggi.
Oleh itu, ia adalah sejajar dengan isyarat Fed untuk memantau keadaan data ekonomi yang selanjutnya sebelum mereka melaksanakan perubahan kepada dasar kewangan menjelang akhir tahun nanti. Merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool, kebarangkalian pasaran bagi kenaikan kadar pada bulan Disember telah susut dari 87.8% ke 82.7% selepas pelepasan data tersebut.
US Core Consumer Price Index

Indeks harga pengguna teras yang tidak termasuk makanan dan tenaga memberi bacaan sebanyak 0.1% tersasar daripada jangkaan dengan 0.2%.
US Retail Sales Ex. Automobiles (Core)

—– Ramalan
Kadar jualan runcit teras yang tidak termasuk penjualan kereta meningkat dengan kadar yang paling tinggi di dalam tempoh masa tujuh bulan sebanyak 1.0%.
Fed Rate Monitor Tool

Fed Rate Monitor Tool memaparkan penyusutan pada kebarangkalian untuk kenaikan kadar pada bulan Disember dari 87.8% ke 82.7%.
USD/JPY
Greenback didagang dengan lebih rendah berbanding Yen Jepun selepas ia susut sebanyak 0.43% ke 111.80.
EUR/USD
Euro susut ke paras rendah sesi di $1.1822 berbanding dengan dolar selepas Pengerusi Bank Pusat Eropah Mario Draghi mengulas bahawa zon ekonomi Euro masih memerlukan rangsangan ekonomi memandangkan tekanan inflasi masih berada di dalam keadaan yang lebih pesimis.
GBP/USD
Sterling menerima sokongan yang lebih tinggi berlatarbelakangkan prospek di mana Britain berkemungkinan untuk mendapat transisi dua tahun untuk pemisahan dari zon Eropah. GBP/USD meningkat sebanyak 0.20% ke paras $1.3287 dan menutup minggu lalu dengan keuntungan sebanyak 1.70%.
Kajian Pasaran (Komoditi): Oktober 9 – 13
GOLD
Aset selamat – emas menerima permintaan yang lebih tinggi pada hari Jumaat yang lalu berikutan dengan data inflasi A.S. yang suram dan ia telah menimbulkan keraguan pasaran terhadap kemampuan Fed untuk meningkatkan kadar faedah menjelang akhir tahun ini. Harganya melonjak sebanyak 0.69% sambil mengakhiri minggu lalu dengan keuntungan sebanyak 2.03% di paras $1,305.40 se troy auns.
Data inflasi tersebut adalah selari dengan minit mesyuarat Fed untuk bulan September yang menegaskan bahawa kelembapan tekanan inflasi baru-baru ini tidak bersifat sementara. Harapan pasaran bagi kenaikan kadar faedah yang lebih rendah telah meningkatkan prospek pelabur bagi aset emas oleh kerana persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi boleh meningkatkan kos peluang untuk memegang aset yang tidak berhasil ini.
Crude Oil
Harga minyak mentah diselesaikan dengan lebih tinggi pada hari Jumaat berlatarbelakangkan ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah yang telah menimbulkan kemungkinan untuk berlakunya gangguan bekalan. Harganya menokok sebanyak 85 cents atau 1.70% ke paras tertinggi di dalam tempoh dua minggu dengan $51.45 setong. Untuk minggu lalu, harganya telah mencatat peningkatan yang terbesar di dalam sebulan sebanyak 4.4%.
Seperti yang telah dijangkakan oleh kebanyakan para pelabur, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada hari Jumaat yang lalu telah memutuskan untuk menentang pengesahan perjanjian nuklear Iran 2015 dan ia telah meningkatkan risiko untuk melakukan perniagaan di dalam negara Timur Tengah tersebut yang kaya dengan minyak mentah dan seorang anggota kartel OPEC. Sementara itu, pergolakan yang berlaku di Iraq berikutan dengan referendum kemerdekaan di rantau Kurdistan bulan lalu telah menimbulkan ancaman dalam negeri untuk mengganggu operasi paip yang membawa kira-kira 500,000 hingga 600,000 tong minyak mentah sehari.
Lebih-lebih lagi, harganya menerima sokongan yang selanjutnya selepas prestasi ekonomi di China menjangkaui ramalan bagi bulan September dan berkembang dengan pesat walaupun terdapatnya spekulasi yang meluas untuk mengalami kemelesetan ekonomi. Selain itu, sentimen pasaran bullish telah dilebih-lebihkan lagi selepas stok minyak mentah di A.S. susut buat minggu ketiga berturut-turut berikutan dengan permintaan domestik yang lebih kukuh.
Walaubagaimanapun, para penganalisis memberi amaran bahawa OPEC masih perlu melanjutkan perjanjian pembekuannya melebihi tarikh luput Mac 2018 bagi menghasilkan penurunan yang ketara pada kelebihan stok minyak global yang masih di tahap yang tinggi. Perjanjian tersebut yang telah dilaksanakan sejak hampir setahun yang lalu gagal untuk memberikan kesan yang ketara selepas para pengeluar yang tidak terbabit dengan pelan tersebut seperti Libya, Nigeria dan A.S. meningkatkan pengeluaran minyak mereka.
Tinjauan Mingguan: Oktober 16 – 20
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada data sektor perumahan dari A.S. untuk memantau impak ekonomi selepas rantau selatannya dilanda dengan ribut taufan pada bulan lalu. Selain itu, para pelabur juga akan melihat kepada data inflasi dari UK berikutan dengan kemungkinan yang lebih tinggi untuk Bank Pusat England melakukan kenaikan kadar faedah selepas kadar inflasi melonjak secara mendadak.
Bagi rantau Kanada, para peserta pasaran akan menumpu kepada pembebasan data inflasi pada hari Jumaat ini untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai tempoh kenaikan kadar oleh Bank Pusat Kanada.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Oktober 16 – 20
| Isnin, Oktober 16 |
Data CNY – CPI (YoY) (Sep) CNY – PPI (YoY) (Sep) EUR – Trade Balance (Aug) USD – NY Empire State Manufacturing Index (Oct) USD – Federal Budget Balance (Sep)
Acara N/A
|
| Selasa, Oktober 17 |
Data NZD – CPI (QoQ) (Q3) GBP – CPI (YoY) (Sep) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Oct) EUR – CPI (YoY) (Sep) USD – Import Price Index (MoM) (Sep) USD – Industrial Production (MoM) (Sep)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes GBP – BoE Gov Carney Speaks USD – FOMC Member Harker Speaks
|
| Rabu, Oktober 18 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock AUD – NAB Quarterly Business Confidence GBP – Average Earnings Index +Bonus (Aug) GBP – Claimant Count Change (Sep) USD – Building Permits (Sep) USD – Housing Starts (MoM) (Sep) CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Aug) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara EUR – ECB President Draghi Speaks USD – FOMC Member Dudley Speaks USD – FOMC Member Kaplan Speaks
|
| Khamis, Oktober 19 |
Data AUD – Employment Change (Sep) CNY – GDP (YoY) (Q3) CNY – Industrial Production (YoY) (Sep) GBP – Retail Sales (MoM) (Sep) USD – Initial Jobless Claims USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct)
Acara USD – FOMC Member George Speaks
|
|
Jumaat, Oktober 20
|
Data GBP – Public Sector Net Borrowing (Sep) CAD – Core CPI (MoM) (Sep) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) USD – Existing Home Sales (Sep) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara USD – FOMC Member Mester Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: Oktober 16 – 20
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah memangkas sedikit kerugian seawalnya selepas ia melantun dari tahap sokongan 92.45 sambil menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah). Pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA mencadangkan bias menaik kepada indeks tersebut. Oleh itu, lantunan berhampiran garisan 20-MA tersebut akan mencadangkan indeks dolar untuk melanjutkan kenaikannya ke tahap rintangan di 93.95.
Tahap rintangan: 93.95, 95.85
Tahap sokongan: 92.45, 90.95
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3020 dan kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat menaik dan berkemungkinan untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia menutup lilin di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.3450, 1.3655
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3020
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah memangkas sedikit kerugiannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.65. Pergerakan harga sebegini mencadangkan bias bullish bagi pasangan tersebut untuk meneruskan momentum menaiknya ke sasaran yang pertama di garisan 20-MA (merah) dan tahap rintangan 112.85.
Tahap rintangan: 112.85, 114.35
Tahap sokongan: 111.65, 110.85
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1865. Bias bearish baru-baru ini mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutnya kerugiannya dan menuju ke sasaran berikut di 1.1680 selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.1865, 1.2090
Tahap sokongan: 1.1680, 1.1425
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1263.00 sambil menutup niaganya di atas garisan 60-MA (hijau). Garisan isyarat dari MACD histogram yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan harga komoditi terebut untuk menaik selanjutnya ke sasaran berikut di 1321.35.
Tahap rintangan: 1321.35, 1342.00
Tahap sokongan: 1299.05, 1281.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menyempit menaik dan ia telah dibuka dengan lebih rendah berhampiran dengan tahap rintangan 52.40 baru-baru ini. Pengunduran dari paras atas ini akan mencadangkan bias menurun bagi harga komoditi tersebut untuk susut kembali ke sasaran pertama di 50.20.
Tahap rintangan: 52.40, 53.90
Tahap sokongan: 50.20, 48.65