83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 November 2021                            Analisis Sesi Petang

 

Paun Sterling jatuh berikutan dengan prospek ekonomi yang teruk.

Paun sterling telah menyusut terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain dengan latar belakang prospek ekonomi yang teruk. Menurut kepada Reuters, produktiviti aktiviti ekonomi UK yang berprestasi rendah berpunca daripada pelaburan perniagaan yang rendah, pengurusan yang lemah dan paten komersial yang rendah. Menurut kepada para penyelidik di London School of Economics dan Resolution Foundation, mereka menekankan bahawa pelaburan perniagaan di UK adalah lebih rendah berbanding dengan AS, Jerman dan Perancis. Di samping itu, pengerusi penyelidikan di Resolution Foundation Greg Thwaites meminta syarikat-syarikat di UK untuk mendapat dana pelaburan tambahan serta menambahbaikkan pengurusan sumber manusia demi meningkatkan produktiviti keseluruhan di UK. Selain itu, keseluruhan sentimen terhadap paun sterling kekal suram selepas Bank Pusat England (BoE) meluahkan kebimbangan mereka mengenai keadaan semasa pasaran pekerjaan mereka. Menurut kepada Gabenor Bank Pusat England (BoE) Andrew Bailey, beliau menyatakan bahawa para penggubal dasar tengah menunggu data mengenai pasaran pekerjaan yang lebih banyak kerana sebanyak kira-kira 1 juta bilangan pekerja masih bercuti semasa program perlindungan pekerjaan daripada kerajaan. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.2% kepada 1.3416.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.25% kepada $80.24 setong semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan terhadap peningkatan pembekalan minyak. Menurut kepada Menteri Sumber Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman, inventori minyak dijangka meningkat mulai bulan depan kerana peningkatan sebanyak 400,000 setong adalah cukup untuk memenuhi permintaan minyak global. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.15% kepada $1865.45 se troy auns di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Sep) 7.20% 5.60%
15:00 GBP – Claimant Count Change (Oct) -51.1K
21:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Oct) 0.80% 0.80%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengaan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 95.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pengundurannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 95.75, 96.25

Tahap sokongan: 95.20, 94.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3435. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya selepas ia memecah tahap rintangan 1.3435.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3545

Tahap sokongan: 1.3300, 1.3160

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1375. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1455, 1.1535

Tahap sokongan: 1.1375, 1.1265

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengnan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 114.60.

 

Tahap rintangan: 114.60, 115.85

Tahap sokongan: 113.20, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7365. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7365, 0.7455

Tahap sokongan: 0.7285, 0.7175

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145

Tahap sokongan: 0.6980, 0.6910

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2515. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2410.

 

Tahap rintangan: 1.2515, 1.2620

Tahap sokongan: 1.2410, 1.2295

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9295, 0.9370

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9145

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 81.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 81.10, 84.75

Tahap sokongan: 78.40, 75.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1867.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1831.50.

 

Tahap rintangan: 1867.50, 1898.40

Tahap sokongan: 1831.50, 1805.60