16 Disember 2019 Analisis Sesi Pagi
Indeks dolar menyusut susulan dengan kenaikan selera risiko
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang yang utama telah menyusut pada hari Jumaat yang lalu berlatarbelakangkan prospek positif untuk perang perdagangan di antara A.S. dan China dan kemenangan UK pilihan raya umum untuk Parti Konsevatif, yang selanjutnya meningkatkan harapan untuk soft-Brexit. Sentimen yang positif tersebut telah meningkatkan selera risiko dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko, yang selanjutnya mencetuskan penjualan untuk aset selamat seperti Dolar A.S. Menurut daripada pegawai A.S., Amerika Syarikat telah menggantung tarif ke atas barang-barangan China pada hari Ahad yang lalu, yang selanjutnya mendorong harapan yang positif untuk resolusi perang perdagangan. Tambahan pula, perjanjian perdagangan dijangka untuk ditandatangani pada awal Januari di Washington. Sebaliknya, indeks dolar telah menerima momentum bearish yang lanjutnya selepas data yang suram dari rantau A.S. dibebaskan pada hari Jumaat yang lalu. Menurut daripada Census Bureau, A.S. Retail Sales pada bulan lepas menyusut dari bacaan sebanyak 0.4% ke 0.2%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu sebanyak 0.5%. Sementara itu, A.S. Core Retail sales memberi bacaan sebanyak 0.1%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 0.4%. Kedua-dua data tersebut adalah lebih buruk daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya mengurangkan prospek yang positif terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat. Semasa penulisan, indeks dolar telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.04% ke 97.12 manakala GBP/USD mencatat keuntungannya sebanyak 0.18% ke 1.3348 selepas kemenangan untuk Parti Konservatif UK.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $59.72 se tong. Harga minyak mentah telah melonjak susulan dengan para pelabur menjangkakan resolusi untuk perang perdagangan akan memberangsangkan perkembangan ekonomi dunia, yang selanjutnya meningkatkan permintaan untuk komoditi tersebut pada masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.09% ke $1473.99 se troy auns susulan dengan prospek yang optimisme untuk perjanjian perdagangan di antara A.S. dan China.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 44.1 | 44.5 | |
| 17:30 | GBP – Composite PMI | 49.3 | – | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI | 48.9 | – | – |
| 17:30 | GBP – Service PMI | 49.3 | – | – |
| 22:45 | US – Market Composite PMI (Dec) | 52.0 | – | |
| 22:45 | US – Manufacturing PMI | 52.6 | 52.6 | – |
| 22:45 | US – Service PMI (Dec) | 51.6 | 52.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 96.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.35.
Tahap rintangan: 97.35, 97.70
Tahap sokongan: 96.95, 96.70

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3490. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3490, 1.3685
Tahap sokongan: 1.3220, 1.2985

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1165. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1080.
Tahap rintangan: 1.1165, 1.1220
Tahap sokongan: 1.1080, 1.0995

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.40, 109.70
Tahap sokongan: 109.00, 108.60

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6860. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6925, 0.6985
Tahap sokongan: 0.6860, 0.6800

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6600. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6530.
Tahap rintangan:0.6600, 0.6660
Tahap sokongan: 0.6530, 0.6475

USDCAD, DAILY: USDCAD telah didagang dengan lebihi rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3140. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3200, 1.3265
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3065

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9810. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9860.
Tahap rintangan: 0.9860, 0.9895
Tahap sokongan: 0.9810, 0.9765

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 58.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 60.70, 62.00
Tahap sokongan: 58.85, 57.35

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1475.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1459.25.
Tahap rintangan: 1475.60, 1488.25
Tahap sokongan: 1459.25, 1445.80