16 Disember 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun melonjak susulan kemungkinan untuk pejanjian Brexit meningkat.
Semasa awal sesi Asia, mata wang paun sterling yang berbanding dengan dolar dan pasangan mata wang lain telah melambung berikutan dengan komen baru-baru ini daripada ketua perunding EU, Michel Barnier yang mengisyaratkan perjanjian Brexit masih dapat dicapai. Menurut kepada kenyataannya, perjanjian perdagangan dan keselamatan pasca Brexit dapat dicapai seawal minggu ini setelah Boris Johnson membuat konsesi utama pada hujung minggu yang membolehkan kedua-dua pihak maju dalam rundingan perdagangan. Namun, Barnier juga memberi amaran bahawa jalan kepada perjanjian tetap ‘sangat sempit’. Walaupun begitu, Pasaran tetap optimis terhadap kemajuan dalam perbincangan perdagangan UK-EU. Pada masa yang sama, oleh disebabkan ekonomi UK dijangka akan pulih berikutan pemberian vaksin Covid-19, para pelabur juga penuh dengan harapan terhadap ekonomi Britain, justerunya meningkatkan permintaan mereka terhadap paun sterling. Pada masa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.11% menjadi 1.3445.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.09% kepada $47.71 setong semasa penulisan walaupun dengan bekalan minyak mentah yang meningkat. Menurut API, stok minyak AS telah meningkat untuk minggu kelima berturut-turut sebanyak 1.973 juta tong minggu lalu. Namun, pasaran tetap optimis dan fokus pada pelancaran vaksin COVID-19. Sebaliknya, harga emas juga meningkat sebanyak 0.06% kepada 1853.12 se troy auns pada masa penulisan di tengah kelemahan dolar dan jangkaan terhadap rangsangan A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
3.00 USD FOMC Economic Projections
(17hb)
3.00 USD FOMC Statement
(17hb)
3.30 USD FOMC Press Conference
(17hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15.00 | GBP – CPI (YoY) (Nov) | 0.7% | 0.6% | – |
| 16.30 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 57.8 | 56.4 | – |
| 17.30 | GBP – Composite PMI | 49.0 | – | – |
| 17.30 | GBP – Manufacturing PMI | 55.6 | – | – |
| 17.30 | GBP – Services PMI | 47.6 | – | – |
| 21.30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.2% | 0.1% | – |
| 21.30 | USD – Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.3% | -0.3% | – |
| 21.30 | CAD – Core CPI (MoM) (Nov) | 0.4% | – | – |
| 23.30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 15.189M | -1.937M | – |
| 3.00 (17hb)
|
USD – Fed Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 90.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.95.
Tahap rintangan: 90.55, 91.40
Tahap sokongan: 89.95, 89.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3300. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3505.
Tahap rintangan: 1.3505, 1.3735
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3150

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2165. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2010.
Tahap rintangan: 1.2165, 1.2355
Tahap sokongan: 1.2010, 1.1895

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 10.65. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 104.50, 105.15
Tahap sokongan: 103.65, 103.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7555. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7555, 0.7655
Tahap sokongan: 0.7450, 0.7340

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7095. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7095, 0.7175
Tahap sokongan: 0.7010, 0.6900

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2680. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2830, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2680, 1.2540

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.8850. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8850, 0.8775

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 46.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 48.60.
Tahap rintangan: 48.60, 50.85
Tahap sokongan: 46.40, 43.45

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1850.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1850.45, 1881.25