16 Disember 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar merosot menjelang mesyuarat FOMC.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan kerugiannya semalam selepas data ekonomi yang suram telah dibebaskan dari A.S. semalam. Menurut kepada Federal Reserve Bank of New Yor, A.S. NY Empire State Manufacturing indeks telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 6.30 ke bacaan sebanyak 4.90, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.90. Sementara itu, A.S. Industrial Production untuk bulan yang lepas juga menyusut dengan mendadak dari bacaan terdahulu sebanyak 0.9% ke 0.4%. Data yang negatif tersebut telah mencetuskan jangkaan terhadap Bank Pusat untuk melonggarkan dasar monetari semasa mesyuarat FOMC. Pada masa kini, para pelabur telah menjangkakan bahawa Bank Pusat A.S. akan mengekalkan kadar faedahnya hampir sifar sambul melanjutkan program pembelian bonnya. Selain itu, prospek positif terhadap rancangan rangsangan ekonomi yang agresif telah meningkatkan risiko inflasi pada masa yang akan datang, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan untuk Dolar AS. Menurut kepada Reuters, pemimpin Kongres A.S. telah memulakan mesyuarat kedua pada hari Selasa untuk menyelesaikan bantuan $1.4 trillion rangsangan ekonomi Covid-19. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai hasil pertemuan FOMC dan juga rancangan rangsangan ekonomi yang besar-besaran dari pemerintah A.S. untuk menerima isyarat dagangan yang lanjut.
Bagi pasaran komoidti, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.05% ke $47.65 se tong semasa penulisan susulan dengan para pelabur tetap optimisme terhadap perkembangan vaksin Covid-19, yang selanjutnya mencetuskan momentum bullish ke atas komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.22% ke $1857.20 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
3.00 USD FOMC Economic Projections
(17hb)
3.00 USD FOMC Statement
(17hb)
3.30 USD FOMC Press Conference
(17hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15.00 | GBP – CPI (YoY) (Nov) | 0.7% | 0.6% | – |
| 16.30 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 57.8 | 56.4 | – |
| 17.30 | GBP – Composite PMI | 49.0 | – | – |
| 17.30 | GBP – Manufacturing PMI | 55.6 | – | – |
| 17.30 | GBP – Services PMI | 47.6 | – | – |
| 21.30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.2% | 0.1% | – |
| 21.30 | USD – Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.3% | -0.3% | – |
| 21.30 | CAD – Core CPI (MoM) (Nov) | 0.4% | – | – |
| 23.30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 15.189M | -1.937M | – |
| 3.00 (17hb)
|
USD – Fed Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 90.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 90.15.
Tahap rintangan: 90.60, 91.10
Tahap sokongan: 90.15, 89.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap tertinggi falling wedge. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3470.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3535
Tahap sokongan: 1.3385, 1.3290

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2135. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2175.
Tahap rintangan: 1.2175, 1.2210
Tahap sokongan: 1.2135, 1.2105

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 103.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang semakin meningkat mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 104.00, 104.35
Tahap sokongan: 103.65, 103.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7565. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7565, 0.7605
Tahap sokongan: 0.7520, 0.7480

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7100. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7100.
Tahap rintangan: 0.7100, 0.7175
Tahap sokongan: 0.7015, 0.6960

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2715. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2670.
Tahap rintangan: 1.2715, 1.2815
Tahap sokongan: 1.2670, 1.2625

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji tahap sokongan di 0.8855. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8855.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8855, 0.8780

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 47.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 48.15.
Tahap rintangan: 48.15, 49.40
Tahap sokongan: 47.10, 46.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1844.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1859.95.
Tahap rintangan: 1859.95, 1870.15
Tahap sokongan: 1844.50, 1830.65