16 December 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie meningkat susulan dengan data pekerjaan Australia yang optimis.
Dolar Australia yang didagangkan terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah memulihkan sebahagian daripada kerugiannya sebelum ini dan meningkat selepas penbebasan data pekerjaan yang optimis daripada Australia. Menurut kepada Biro Perangkaan Australia, data Employment Change Australia telah meningkat dengan ketara sebanyak 366.1K, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 200K. Selain itu, data Unemployment Rate juga jatuh kepada 4.6%, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 5%. Peningkatan tersebut berkemungkinan adalah disebabkan oleh peningkatan dalam gaji yang membantu meningkatkan pengambilan pekerjaan. Data tersebut juga mengukuhkan lagi pandangan bank pusat Australia bahawa ekonomi berkemungkinan akan kembali ke laluan pra-Delta pada separuh pertama 2022. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat sebanyak 0.11% kepada 0.7151.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.38% kepada $71.50 setong setakat penulisan susulan dengan tinjauan permintaan yang kukuh. Pasaran terus bereaksi dengan positif selepas EIA baru-baru ini melaporkan penurunan besar dalam inventorinya dan menunjukkan permintaan untuk produk petroleum kekal tinggi. Data juga menunjukkan bahawa produk yang dibekalkan oleh kilang penapisan melonjak dalam minggu terbaru kepada 23.2 juta tong sehari. Sebaliknya, harga emas meningkat 0.33% kepada $1782.19 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
17:30 CHF SNB Press Conference
20:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
21:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari In
Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:30 | CHF – SNB Interest Rate Decision (Q4) | -0.75% | -0.75% | – |
16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 57.4 | 57 | – |
17:30 | GBP – Composite PMI | 57.6 | – | – |
17:30 | GBP – Manufacturing PMI | 58.1 | – | – |
17:30 | GBP – Services PMI | 58.5 | – | – |
20:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Dec) | 0.10% | 0.10% | – |
20:45 | EUR – Deposit Facility Rate (Dec) | -0.50% | -0.50% | – |
20:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | – | – |
20:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Dec) | 0.00% | – | – |
21:30 | USD – Building Permits (Nov) | 1.653M | 1.660M | – |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 184K | 195K | – |
21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec) | 39 | 30 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 96.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 95.70.
Tahap rintangan: 96.35, 96.85
Tahap sokongan: 95.70, 94.90
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3190. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3055
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1260. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1355.
Tahap rintangan: 1.1355, 1.1455
Tahap sokongan: 1.1260, 1.1170
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 114.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 114.60.
Tahap rintangan: 114.60, 115.50
Tahap sokongan: 113.80, 112.75
AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7175. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7175, 0.7260
Tahap sokongan: 0.7095, 0.7005
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6725. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6815.
Tahap rintangan: 0.6815, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2835. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2955, 1.3105
Tahap sokongan: 1.2835, 1.2735
USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi susulan degan pengunduran dari tahap rintangan 0.9250. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9170.
Tahap rintangan: 0.9250, 0.9320
Tahap sokongan: 0.9170, 0.9105
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 68.90. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 72.70.
Tahap rintangan: 72.70, 75.25
Tahap sokongan: 68.90, 65.25
GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1787.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1787.75, 1806.80
Tahap sokongan: 1763.05, 1744.00