16 Disember 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melambung tinggi kerana tersirat pendirian hawkish.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melonjak semalam apabila Fed menekankan pendirian kenaikan kadar yang agresif. Bank pusat AS menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas ke 4.50% pada awal Khamis, selepas empat kenaikan 75 mata asas berturut-turut. Dalam Sidang Akhbar, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengulangi bahawa data inflasi semasa tidak mencukupi untuk meyakinkan Fed untuk mengubah pendiriannya, walaupun ekonomi mungkin akan tergelincir ke arah kemelesetan, yang membayangkan bahawa kenaikan kadar selanjutnya mungkin dilaksanakan. Fed mengunjurkan kenaikan kadar berterusan ke atas 5% pada 2023, tahap yang tidak dilihat sejak kemelesetan ekonomi yang curam pada 2007. Dari segi data ekonomi, satu siri data suram telah mengehadkan keuntungan Dolar AS. Menurut kepada Census Bureau, jualan runcit AS jatuh lebih daripada jangkaan pada bulan November, manakala Philadelphia Fed Manufacturing Index AS juga mengecewakan kebanyakan peserta pasaran. Tinjauan ekonomi yang pesimis telah mencetuskan peralihan dalam sentimen terhadap mata wang lain yang memberikan pulangan yang lebih baik. Sehingga berita ini ditulis, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.77% ke 104.21.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menaik sebanyak 0.11% ke $76.20 setong setakat ini selepas kemerosotan mendadak sepanjang sesi dagangan semalaman berikutan TC Energy Corp Kanada menyambung semula operasi di bahagian saluran paip Keystonenya. Di samping itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $1776.62 se-troy auns semasa penulisan mengenai pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GBP – Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.6% | 0.3% | – |
16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 46.2 | 46.3 | – |
17:30 | GBP – Composite PMI | 48.2 | – | – |
17:30 | GBP – Manufacturing PMI | 46.5 | 46.5 | – |
17:30 | GBP – Services PMI | 48.8 | 49.2 | – |
18:00 | EUR – CPI (YoY) (Nov) | 10.0% | 10.0% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 104.90, 106.70
Tahap sokongan: 103.50, 102.05
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2335, 1.2535
Tahap sokongan: 1.2135, 1.1955
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0740, 1.0890
Tahap sokongan: 1.0600, 1.0465
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 139.00, 142.10
Tahap sokongan: 135.35, 131.30
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6960
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6590
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6360, 0.6460
Tahap sokongan: 0.6260, 0.6150
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3685, 1.3875
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3320
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9400, 0.9550
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 77.25, 81.50
Tahap sokongan: 73.90, 70.45
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1783.50, 1808.55
Tahap sokongan: 1756.05, 1725.35