17 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Pasaran mendatar sementara menunggu isyarat lanjut.
Pound sterling gagal untuk menentukan arah alirannya pada semalam selepas Perdana Menteri UK Theresa May berjaya untuk memperoleh sokongan di dalam undian “No Confidence” dengan margin yang kecil. Kerajaan May telah memperoleh 325 undian sokongan berbanding dengan 306 undian tiada keyakinan. Undian tersebut telah dicadangkan oleh pengerusi Parti Buruh Jeremy Corbyn sejurus selepas kegagalan May untuk meluluskan perjanjian Brexit di dalam peringkat parlimen. Di dalam ucapan yang disampaikan, May menjemput para pemimpin bagi semua parti untuk mengadakan pertemuan peribadi bersamanya bagi mencapai konsensus untuk menyelesaikan masalah Brexit. Kerajaan beliau dijangka untuk menyampaikan penyelesaian alternatif selewat-lewatnya pada hari Isnin depan (21hb Januari). Sebaliknya, dolar AS gagal untuk melanjutkan keuntungannya berikutan dengan isyarat yang dovish dari Bank Pusat AS (Fed). Beberapa ahli Fed menegaskan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar kewangan memandangkan pertumbuhan ekonomi global makin merosot. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.02% ke 1.2882 manakala indeks dolar berayun berhampiran 95.68.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.29% ke $52.17 setong. Menurut kepada EIA, pembekalan minyak harian AS telah menambah sebanyak 200,000 tong sehari (bpd) sambil mencecah paras tinggi 11.9 bpd bagi minggu lepas. Peningkatan tersebut telah membayangi data inventori yang memaparkan penurunan pada stok yang lebih tinggi daripada jangkaan dengan -2.683 juta tong berbanding -1.323 juta tong. Sementara itu, harga emas berayun berhampiran $1,293.72 se troy auns berikutan dengan kekurangan isyarat yang kukuh di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:45 USD FOMC Member Quarles Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Dec) | 1.6% | 1.6% | – |
| 21:30 | USD – Building Permits (Dec) | 1.328M | 1.290M | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 216K | 219K | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan) | 9.4 | 9.7 | – |
| 21:30 | USD – Philly Fed Employment (Jan) | 19.1 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 95.30.
Tahap rintangan: 95.75, 96.10
Tahap sokongan: 95.30, 95.00

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.2860. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2910, 1.2960
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2800

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1380. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1420.
Tahap rintangan: 1.1420, 1.1450
Tahap sokongan: 1.1380, 1.1330

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 108.95, 109.35
Tahap sokongan: 108.25, 107.50

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7180, 0.7220
Tahap sokongan: 0.7145, 0.7110

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji berhampiran dengan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, kedua-dua petunjuk MACD dan Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3230.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3290
Tahap sokongan: 1.230, 1.3180

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.9935.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9950
Tahap sokongan: 0.9935, 0.9790

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 51.50.
Tahap rintangan: 52.75, 54.10
Tahap sokongan: 51.50, 50.50

GOLD_, H1: Harga emas telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari paras tengah saluran sisi. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1297.00.
Tahap rintangan: 1297.00, 1303.00
Tahap sokongan: 1287.20, 1284.35