83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Mac 2020                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS bakal melantun?

Dolar AS masih menerima tekanan bearish pada hari Selasa susulan dengan tindakan agresif yang diambil oleh Bank Pusat AS bagi membendung dan mengurangkan risiko kemelesetan ke atas ekonomi AS selepas koronavirus menjejaskan aktiviti global. Penyebaran pandemik tersebut yang pantas telah meningkatkan pergolakan pasaran global untuk beberapa minggu lepas dengan pergerakan turun naik yang tinggi serta penjualan yang ketara ke atas ekuiti global. Bank Pusat AS telah mengambil langkah drastik dengan memotong kadar faedahnya ke paras sifar dan mengumumkan satu lagi pusingan kelonggaran kuantitatif pada hari Ahad yang lepas bagi mengurangkan risiko dari ketegangan kewangan yang bakal menurunkan jangkaan pertumbuhan dan pasaran pekerjaan. Namun, para penganalisis menegaskan bahawa para pelabur telah mencerna berita tersebut dan kelemahan yang dialami oleh dolar AS berkemungkinan untuk sementara waktu sahaja. Mereka juga berpendapat bahawa dolar AS menerima sokongan dari pasaran berikutan dengan beberapa alasan seperti sifatnya sebagai aset selamat alternatif dan para peniaga yang meningkatkan kecairan akaun di dalam keadaan pasaran yang tidak stabil ini. Sementara itu, pound sterling telah memulih dari paras bawahnya selepas ia mengalami tekanan bearish akibat daripada spekulasi terhadap Bank Pusat England untuk melonggarkan dasar dengan lebih lanjut. Beberapa para pelabur menjangkakan bank pusat tersebut untuk memotong kadar dengan lebih lanjut atau memulakan semula program kelonggaran kuantitatifnya. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.76% ke 98.04 sementara GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.2268.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memulih dari kerugian semalaman sebanyak 1.19% ke $28.89 setong. Pada semalam, niaga hadapan minyak mentah telah dijual dengan ketara selepas Arab Saudi mengumumkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran minyak ke tahap maksimum. Tindakan tersebut telah meningkatkan kebimbangan terhadap lebihan pembekalan global yang makin meningkat. Selain itu, harga emas menjunam sebanyak 0.77% ke $1,503.24 se troy auns selepas para pelabur bergiat untuk menjual posisi mereka pada aset ini bagi memenuhi panggilan margin pada akaun ekuiti mereka.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Average Earnings Index+ Bonus (Jan) 2.9% 3.0%
17:30 GBP – Claimant Count Change (Feb) 5.5K 21.4K
18:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Mar) 8.7 -26.4
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Feb) 0.3% 0.2%
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Feb) 0.3% 0.2%
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Jan) 6.423M 6.476M
04:30

(18hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 6.407M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 98.70, 99.75

Tahap sokongan: 97.90, 97.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendah. MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2290, 1.2550

Tahap sokongan: 1.2170, 1.1960

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1285

Tahap sokongan: 1.1080, 1.0925

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 106.70, 108.00

Tahap sokongan: 105.40, 103.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 0.6175. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6175, 0.6300

Tahap sokongan: 0.6050, 0.5915

 

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat diantara 0.6000 dan 0.6100. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.6100, 0.6200

Tahap sokongan: 0.6000, 0.5870

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1.3940. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.4125.

 

Tahap rintangan: 1.4125, 1.4300

Tahap sokongan: 1.3940, 1.3685

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.9470.

 

Tahap rintangan: 0.9470, 0.9545

Tahap sokongan: 0.9385, 0.9320

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 30.00, 33.00

Tahap sokongan: 27.55, 25.10

 

 


GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 1491.10.

 

Tahap rintangan: 1541.20, 1603.10

Tahap sokongan: 1491.10, 1441.00