17 April 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Paun sterling jatuh susulan risiko Brexit kembali.
Mata wang paun sterling yang didagang dengan dolar dan mata wang lain telah jatuh pada lewat sesi Asia berikutan dengan risiko U.K meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian telah kembali ke fokus para pelabur sementara kedua-dua pihak bersedia untuk rundingan yang baru dalam minggu depan. Menurut kepada perkembangan terbaru, UK dan EU telah bersetuju dengan tarikh untuk tiga pusingan rundingan di mana rundingan tersebut akan diadakan melalui persidangan video pada minggu bermula dari 20 April, 11 Mei dan 1 Jun. Namun, UK telah meluahkan keengganan untuk menangguhkan Brexit ke tempoh lebih lama dan akan menolak sebarang permintaan daripada Kesatuan Eropah untuk melanjutkan tempoh peralihan Brexit, menurut jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson. Pasaran tetap bimbang dengan risiko U.K meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian perdagangan akan memberi kesan lebih teruk kepada ekonomi susulan dengan kesan dari wabak koronavirus. Justerunya, ketidakpastian tersebut yang berterusan telah menarik sentimen mata wang paun sterling ke bawah. Pada masa penulisan, GBP / USD telah jatuh sebanyak 0.10% kepada 1.2495.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.15% kepada $ 19.69 setong semasa penulisan susulan dengan ketakutan permintaan yang berterusan kekal menimbang dalam pasaran komoditi ini. Menurut kepada laporan, OPEC telah menjangkakan bahawa permintaan minyak global akan menurun sebanyak 6.9 juta tong sehari dan melihat kejatuhan dalam permintaan pada suku kedua akan mencapai sekitar 12 juta tong sehari. Mengenai tinjauan permintaan, OPEC mengatakan risiko penurunan masih ketara. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.74% kepada $ 1705.07 pada masa penulisan di tengah-tengah kekuatan dolar AS yang luas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY)(Mar) | 0.7% | 0.7% | – |
| 01:00
(18th) |
U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 504 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 99.65. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 99.90 100.15
Tahap sokongan: 99.65, 99.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2455. Nmaun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2620, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2455, 1.2205

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0835. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0905, 1.0945
Tahap sokongan: 1.0835, 1.0775

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini utnuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 108.05, 108.35
Tahap sokongan: 107.60, 107.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6220. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6460.
Tahap rintangan: 0.6460, 0.6640
Tahap sokongan: 0.6220, 0.5985

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6020. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.5935.
Tahap rintangan: 0.6020, 0.6120
Tahap sokongan: 0.5935, 0.5845

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.4180. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3970.
Tahap rintangan: 1.4180, 1.4390
Tahap sokongan: 1.3970, 1.3780

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9690. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9690, 0.9775
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9510

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dala satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 19.25. MACD yyang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 20.65, 22.50
Tahap sokongan: 19.25, 17.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1698.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1745.60, 1770.40
Tahap sokongan: 1698.65, 1657.80