17 Mei 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut susulan data yang bearish.
Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah apabila dibandingkan dengan mata wang yang lain susulan dengan pembebasan data yang bearish pada hari Jumaat yang lepas. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.47% ke 90.23. Menurut kepada US Census Bureau, Retail Sales bagi bulan April memberi bacaan hanya 0.0%, lebih rendah daripada ramalan ekonomis iaitu 1.0%. Sementara itu, Core Retail Sales menjunam sebanyak -0.8%, lebih rendah daripada ramalan iaitu 0.7%. Kedua-dua data telah menurunkan jangkaan para pelabur terhadap kadar inflasi yang lebih tinggi bagi jangka masa terdekat berikutan dengan perbelanjaan pengguna yang lebih lemah. Selain itu, data tersebut juga telah menyokong pandangan Federal Reserve untuk memantau perkembangan ekonomi AS dan hanya mengetatkan dasar kewangan sekiranya kesemua aspeknya telah stabil. Bagi mata wang lain, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.33% ke 1.4096. Pound sterling menerima sokongan bullish selepas UK mengumumkan untuk melonggarkan SOP penjarakan sosial sambil membuka semula kesemua aspek ekonomi mulai hari ini.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2.66% ke $65.47 setong. Harga minyak menerima sokongan bullish susulan dengan peningkatan ketegangan geopolitik diantara Israel dan Gaza yang berkemungkinan untuk menjejaskan pembekalan minyak di rantau tersebut. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 1.01% ke $1.844.25 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 90.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 90.20.
Tahap rintangan: 90.45, 90.75
Tahap sokongan: 90.20, 90.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.4100. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.4100, 1.4180
Tahap sokongan: 1.4000, 1.3940

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2150. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2150, 1.2170
Tahap sokongan: 1.2125, 1.2100

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap sokongan 109.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.45, 109.70
Tahap sokongan: 109.25, 109.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi baru. MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7805, 0.7850
Tahap sokongan: 0.7755, 0.7700

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7240. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7280
Tahap sokongan: 0.7200, 0.7145

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2120. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2120, 1.2160
Tahap sokongan: 1.2080, 1.2045

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9025, 0.9045
Tahap sokongan: 0.9012, 0.8985

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 63.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 65.50.
Tahap rintangan: 65.50, 66.50
Tahap sokongan: 64.30, 63.25

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1855.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1855.20, 1901.35
Tahap sokongan: 1822.75, 1790.30