17 Mei 2022 Analisis Sesi Petang
Euro melonjak di tengah-tengah jangkaan hawkish terhadap ECB.
Euro telah dengan ketara berikutan penggubal dasar Bank Pusat Eropah Francois Villeroy de Galhau menegaskan pada hari Isnin bahawa kelemahan Euro dalam pasaran mata wang boleh mengancam usaha Bank Pusat Eropah untuk memerangi risiko inflasinya. Peserta pasaran menjangkakan bahawa penyusutan nilai Euro mungkin akan mendorong Bank Pusat Eropah untuk memanipulasi pasaran Euro sambil mendorong kemungkinan yang lebih tinggi untuk kenaikan kadar bagi menarik pelaburan asing lagi ke dalam pasaran Euro. Villeroy mendakwa bahawa mesyuarat majlis pentadbir ECB dijangka akan diadakan pada bulan Jun manakala keputusan pengetatan dasar monetari selanjutnya akan dibincangkan. Hasil bon kerajaan zon Euro melantun semula ke arah tertinggi berbilang tahun baru-baru ini. Hasil bon 10 tahun Jerman meningkat sebanyak 6.7 mata asas kepada lebih 1%. Sementara itu, harga pasaran kewangan mencadangkan bahawa para pelabur membuat spekulasi bahawa Bank Pusat Eropah mungkin akan mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat ECB pada Julai. Semasa penulisan, EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.06% ke 1.0440.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak 0.27% ke $111.30 setong semasa penulisan. Harga minyak telah melanjutkan keuntungannya berikutan diplomat dan pegawai Kesatuan Eropah menyatakan keyakinan tentang pencapaian perjanjian mengenai embargo minyak Rusia secara berperingkat. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.03% ke $1823.00 setong setakat berita ini ditulis di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:15 GBP BoE MPC Treasury Committee Hearings
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Mar) | 5.4% | 5.4% | – |
14:00 | GBP – Claimant Count Change (Apr) | -46.9K | -38.8K | – |
20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | 1.4% | 0.3% | – |
20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Apr) | 0.7% | 0.8% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 104.95, 106.40
Tahap sokongan: 103.90, 102.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2385, 1.2590
Tahap sokongan: 1.2200, 1.2010
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.0485, 1.0585
Tahap sokongan: 1.0355, 1.0205
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi.
Tahap rintangan: 131.05, 132.65
Tahap sokongan: 129.10, 127.15
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 0.7055, 0.7260
Tahap sokongan: 0.6910, 0.6720
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6400, 0.6550
Tahap sokongan: 0.6225, 0.6070
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1.2890, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2720, 1.2485
USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0075, 1.0185
Tahap sokongan: 0.9970, 0.9850
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 113.05, 115.10
Tahap sokongan: 110.35, 108.55
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1829.40, 1863.25
Tahap sokongan: 1789.95, 1753.10