17 Jun 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar bertukar positif terhadap ketakutan virus gelombang kedua.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah memulih dari kerugian sebelumnya dan melantun semasa awal sesi awal Asia di tengah-tengah tanda-tanda kenaikan kes jangkitan Covid-19 yang mendadak di AS dan negara-negara lain. Menurut kepada laporan, beberapa negeri di AS telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam jangkitan Covid-19 hanya setelah sebulan AS melonggarkan sekatannya. Texas melaporkan bahawa kemasukan ke hospital disebabkan oleh Covid-19 telah meningkat sebanyak 8.3% kepada 2.518 orang, jumlah tertinggi yang dilihat di negara ini sejak wabak tersebut bermula, sementara Florida mencatat rekod harian untuk kali kedua minggu ini bagi jangkitan baru. Di bahagian lain dalam dunia, Beijing telah meluaskan sekatannya kepada 18 komuniti kediaman selanjutnya setelah kes baru koronavirus telah muncul kembali baru-baru ini. Menurut kepada jurucakap bandar Beijing Xu Hejian, beliau menyebutkan bahawa keadaan wabak di ibu negara ketika ini sangat teruk. Tanda-tanda baru koronavirus sekali lagi menimbulkan ketakutan mengenai gelombang kedua yang berpotensi, justerunya mendorong para pelabur untuk memasuki pasaran yang selamat seperti dolar. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.33% kepada 97.03.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melambung sebanyak 0.15% kepada $ 37.99 setong susulan dengan harapan dalam permintaan. Walaupun dengan peningkatan stok yang dilaporkan oleh API, sentimen keseluruhan tetap positif setelah International Energy Agency meramalkan permintaan minyak global akan mencecah 91.7 juta tong sehari pada tahun 2020, lebih tinggi daripada ramalan sebelumnya untuk bulan Mei. Sebaliknya, harga emas kekal stabil dan menokok sebanyak 0.05% kepada $ 1727.32 pada masa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam sentimen penghindaran risiko disebabkan oleh ketakutan terhadap koronavirus gelombang kedua.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14.00 | GBP – CPI (YoY) (May) | 0.8% | 0.5% | – |
| 17.00 | EUR – CPI (YoY) (May) | 0.1% | 0.1% | – |
| 20.30 | USD – Building Permits (May) | 1.228M | 1.066M | – |
| 20.30 | CAD – Core CPI (MoM) (May) | 0.4% | – | – |
| 22.30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 5.720M | -0.152M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 97.40.
Tahap rintangan: 97.40, 98.80
Tahap sokongan: 95.90, 94.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2620. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2435
Tahap rintangan: 1.2620, 1.2775
Tahap sokongan: 1.2435, 1.2225

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1245. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersbeut.
Tahap rintangan: 1.1390, 1.1490
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1090

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 107.40. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 107.40, 108.00
Tahap sokongan: 106.60, 106.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6860. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan 0.6260.
Tahap rintangan: 0.7020, 0.7195
Tahap sokongan: 0.6860, 0.6680

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6370.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3485. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3645, 1.3810
Tahap sokongan: 1.3485, 1.3330

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9460. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9550.
Tahap rintangan: 0.9550, 0.9650
Tahap sokongan: 0.9460, 0.9365

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 39.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 35.05.
Tahap rintangan: 39.25, 43.85
Tahap sokongan: 35.05, 31.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1736.80.
Tahap rintangan: 1736.80, 1761.25
Tahap sokongan: 1701.70, 1676.00