17 Jun 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut selepas data ekonomi suram dikeluarkan.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama merosot pada hari Khamis berikutan pelepasan data ekonomi yang lemah. Menurut kepada Census Bureau, Building Permits AS menurun daripada bacaan sebelumnya serbanyak 1.823M ke 1.695M, yang lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak 1.785M. Sebagai tambahan kepada data ini, Philadelphia Fed Manufacturing Index AS dan Initial Jobless Claims AS juga telah mengeluarkan bacaan yang suram, sebanyak -3.3 dan 229K, melepasi jangkaan ekonomi 5.5 dan 215K masing-masing. Data ekonomi yang bearish selaras dengan jangkaan Rizab Persekutuan pada hari Khamis, yang mereka menyebut bahawa pertumbuhan ekonomi dijangka lebih rendah dan kadar pengangguran akan lebih tinggi. Ramalan pertumbuhan telah menurun ke 1.7% untuk 2022 daripada 2.8%, dan ramalan kadar pengangguran dinaikkan kepada 3.7% untuk 2022 daripada 3.5%. Oleh sebab daya tarikan Dolar AS telah menurun, para pelabur terdorong untuk mencari mata wang lain yang mempunyai prospek yang lebih baik. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 1.23% ke 103.64.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.60% ke $116.86 setong semasa penulisan. Namun, sepanjang sesi dagangan semalam, harga minyak meningkat dengan ketara di tengah-tengah AS mengumumkan sekatan baharu ke atas minyak Iran. Sebaliknya, harga emas menaik sebanyak 0.16% ke $1852.85 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 JPY BoJ Monetary Policy Statement
TBC JPY BoJ Press Conference
20:45 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
11:00 | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | – | – |
17:00 | EUR – CPI (YoY) (May) | 8.1% | 8.1% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 103.65, 104.80
Tahap sokongan: 102.50, 101.40
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2360, 1.2430
Tahap sokongan: 1.2270, 1.2190
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0605, 1.0685
Tahap sokongan: 1.0520, 1.0450
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 133.10, 134.25
Tahap sokongan: 131.95, 130.95
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mangalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7165
Tahap sokongan: 0.7005, 0.6930
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6495
Tahap sokongan: 0.6350, 0.6295
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3000, 1.3165
Tahap sokongan: 1.2875, 1.2765
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9675, 0.9740
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9520
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 115.40, 119.15
Tahap sokongan: 111.25, 106.95
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1855.50, 1884.85
Tahap sokongan: 1829.90, 1807.95