17 Julai 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 17 – 21
Kajian Pasaran (Forex): Julai 10 – 14
Dolar A.S.
Dolar A.S. menjunam sehingga ke paras terendah sejak bulan Oktober berbanding dengan mata wang yang lain pada Jumaat lalu selepas data menunjukan kadar inflasi dan jualan runcit yang lemah di negara tersebut. Data yang lebih suram telah meningkatkan keraguan para pelabur terhadap kemampuan Bank Pusat A.S. (Fed) dalam meningkatkan kadar faedah pada akhir tahun nanti. Indeks dolar menurun sebanyak 0.69% ke 94.90, paras terendah sejak 5hb Oktober.
Menurut kepada Labor Department, kadar inflasi pengguna telah susut ke 1.6% pada bulan Jun, berbanding dengan 1.9% pada bulan Mei. Selain itu, perbelanjaan pengguna telah memberikan keputusan yang lebih suram dengan data jualan runcit menjunam ke paras pengecutan dengan 0.2%. Sasaran ekonomis adalah untuk bertumbuh sebanyak 0.1%. Bank pusat mereka telah meningkatkan kadar faedah pada bulan lalu sambil mengulas untuk mempunyai satu lagi kenaikan pada tahun ini. Namun, pandangan terhadap inflasi yang lebih pesimis ini telah meningkatkan keraguan akan kemampuan mereka untuk meneruskan pelan tersebut.
Selain itu, pengerusi Fed Janet Yellen telah memberikan testimoninya di hadapan Kongres negara pada hari Rabu yang lalu mengulas bahawa keadaan ekonomi masih kukuh untuk mendorong mereka meningkatkan kadar faedah dan mengurangkan portfolio bon yang besar. Namun, beliau menegaskan bahawa tekanan inflasi adalah masih lemah dan ketidakpastian di dalam faktor tersebut berkemungkinan untuk menjejaskan dasar kewangan kelak.
US Inflation Rate

—– Ramalan
Kadar inflasi A.S. bagi perbandingan tahun-ke-tahun telah memberi bacaan 1.6% bagi bulan Jun, tersasar daripada jangkaan ekonomis dengan 1.7%.
US Retail Sales

—– Ramalan
Jualan runcit bagi bulan lalu mengecut sebanyak 0.2%, memberi isyarat bahawa perbelanjaan pengguna telah susut.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.65% ke 112.53.
EUR/USD
Euro meningkat sebanyak 0.62% ke $1.1469, mendekati paras tinggi 14 bulan di $1.1488.
GBP/USD
Pound sterling melonjak sebanyak 1.24% ke $1.3099, paras tertinggi sejak September 2016.
Kajian Pasaran (Komoditi): Julai 10 – 14
GOLD
Harga emas telah meningkat ke paras tertinggi di dalam masa dua minggu selepas data inflasi yang suram dari A.S. telah meningkatkan keraguan para pelabur terhadap kemampuan Bank Pusat A.S. untuk meningkatkan kadar faedah bagi kali ketiga di dalam tahun ini. Harga logam tersebut meningkat sebanyak 0.95% dan menutup niaga mingguan di $1,228.88 se auns. Untuk minggu tersebut, ia telah meningkat sebanyak 1.32%. Prospek untuk kadar faedah yang lebih rendah akan meningkatkan harga emas oleh kerana aset tersebut tidak mampu untuk bersaing dengan aset berhasil yang lain semasa kos pinjaman meningkat.
Crude Oil
Harga minyak meningkat untuk sesi kelima berturut-turut pada hari Jumaat sambil mencatat keuntungan mingguan sebanyak 5% selepas data mencadangkan pemulihan pada permintaan minyak bagi separuh tahun kedua. Harganya meningkat sebanyak 46 cents atau 1% dan menutup niaga di paras $46.54 setong. Bagi minggu lalu, ia telah meningkat sebanyak $2.31 atau 5% selepas laporan International Energy Agency menunjukan permintaan yang makin meningkat, peningkatan pada import minyak China dan penyusutan pada stok simpanan di A.S.
Walaupun harganya telah pulih bagi tempoh kebelakangan ini, kebimbangan akan stok minyak global yang makin meningkat masih menyelubungi pasaran dan mengehadkan kenaikan pada harganya. Menurut kepada pembekal servis Baker Hughes, bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah bertambah sebanyak 2 dan jumlah keseluruhannya adalah 765, paras tertinggi sejak April 2015. Peningkatan tersebut telah mendorong kepada kebimbangan akan lantunan pengeluaran dari A.S. yang bakal menjejaskan usaha para pengeluar yang lain dalam menstabilkan pasaran minyak mentah.
Terdahulu, OPEC dan beberapa bukan ahli telah melanjutkan pelan pemotongan pengeluaran harian sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga ke bulan Mac 2018. Namun, pelan tersebut masih tidak membawa hasil yang ketara pada inventori minyak global oleh kerana beberapa negara yang tidak terbabit seperti Libya, Nigeria dan A.S. masih meningkatkan pengeluaran mereka.
U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 2 dan jumlah keseluruhan kini di paras 765.
Pandangan Mingguan: Julai 17 – 21
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada keputusan mesyuarat Bank Pusat Eropah pada hari Khamis untuk mendapatkan isyarat mengenai tempoh pemansuhan dasar kewangan yang longgar. Selain itu, data pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua dari China dan data inflasi dari UK juga akan dipantau dengan rapi.
Bagi pedagang minyak, mereka akan memberi fokus kepada bacaan terbaru mengenai stok simpanan minyak mentah dan bahan bakar di A.S. pada hari Selasa dan Rabu ini untuk mendapatkan isyarat permintaan di dalam negara tersebut. Selain itu, ulasan dari para pengeluar utama bakal ditumpu oleh orang ramai untuk melihat sejauh manakah mereka mengikut pelan untuk mengurangkan pengeluaran harian mereka.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 17 – 21
| Isnin, Julai 17 |
Data CNY – GDP (YoY) (Q2) CNY – Industrial Production (YoY) (Jun) EUR – CPI (YoY) (Jun) USD – NY Empire State Manufacturing Index (Jul)
Acara N/A
|
| Selasa, Julai 18 |
Data NZD – CPI (QoQ) (Q2) GBP – CPI (YoY) (Jun) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jul) USD – Import Price Index (MoM) (Jun)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes GBP – BoE Gov Carney Speaks
|
| Rabu, Julai 19 |
Data Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock USD – Building Permits (Jun) USD – Housing Starts (Jun) CAD – Manufacturing Sales (MoM) (May) Crude Oil – Crude Oil Inventories
Acara N/A
|
| Khamis, Julai 20 |
Data AUD – Employment Change (Jun) JPY – BoJ Interest Rate Decision GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) EUR – Deposit Facility Rate EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) USD – Initial Jobless Claims USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul)
Acara JPY – BoJ Monetary Policy Statement (YoY) JPY – BoJ Outlook Report (YoY) JPY – BoJ Press Conference EUR – ECB Press Conference
|
|
Jumaat, Julai 21
|
Data GBP – Public Sector Net Borrowing (Jun) CAD – Core CPI (MoM) (Jun) CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 17 – 21
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah memecahkan tahap sokongan kukuh di 95.15 baru-baru ini. Pemecahan tersebut mencadangkan indeks dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke paras bawah saluran tersebut pada jangka pendek.
Tahap rintangan: 95.15, 96.20
Tahap sokongan: 94.00, 93.20
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan 1.2830. Kedua-dua garisan MA yang telah membentuk corak silang emas mencadangkannya untuk melanjutkan kenaikan selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1.3120.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3260
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2830
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menaik selepas ia berundur dari paras atasnya. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 111.85.
Tahap rintangan: 112.85, 114.30
Tahap sokongan: 111.85, 110.85
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun berhampiran garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 1.1540.
Tahap rintangan: 1.1540, 1.1640
Tahap sokongan: 1.1445, 1.1325
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas meneruskan kenaikannya selepas ia melantun dari tahap sokongan berhampiran 1217.00. Penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1232.00.
Tahap rintangan: 1232.00, 1247.00
Tahap sokongan: 1217.00, 1200.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 45.25. Penutupan niaga di atas tahap rintangan yang kukuh berhampiran 47.00 akan mencadangkan harga minyak untuk melanjutkan kenaikannya ke paras atas saluran menurun selepas itu.
Tahap rintangan: 47.00, 48.50
Tahap sokongan: 45.25, 43.70