17 Ogos 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS jatuh selepas data ekonomi yang bercampur dibebaskan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama mengalami corak bercampur pada hari Jumaat lalu kerana data yang bercampur dari rantau AS memberikan momentum yang tidak jelas terhadap pasaran dolar. Menurut Biro Banci, data Retail Sales AS hanya meningkat 1.2% untuk bulan Julai, lebih lemah daripada yang dijangkakan oleh pakar ekonomi pada 1.9%. Selain itu, satu lagi petunjuk penting untuk menentukan keadaan kesihatan ekonomi semasa Data Core Retail Sales AS telah dibebaskan pada bacaan 1.9%, secara tidak dijangka lebih kuat daripada ramalan ekonomi pada 1.3%, namun menunjukkan ekonomi masih agar lemah ketika dibandingkan dengan bacaan bulan sebelumnya di tengah peningkatan baru Jangkitan Covid-19 dan pengurangan tuntutan pengangguran. Dari segi pelan rangsangan AS, kedua-dua pihak terbesar di AS masih terperangkap dalam kebuntuan, di mana pakej rangsangan pusingan baru tidak dapat dilaksanakan sementara ini. Parti Republik dan Demokratik masih mempunyai pandangan yang tidak sama dalam perincian pakej bantuan dan tidak menunjukkan niat untuk mengadakan rundingan yang lebih lanjut selama hampir seminggu. Oleh itu, para pelabur kini terus mengawasi rundingan yang lebih lanjut antara kedua-dua pihak ini untuk meneliti arah mata wang dolar. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.02% ke 93.05.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.64% ke $42.60 setong susulan dengan peningkatan harapan pelabur terhadap pemulihan permintaan di pasaran minyak. Selain itu, pengurangan jumlah pelantar minyak Baker Hughes AS juga menunjukkan bahawa bekalan minyak masih menurun, dan ia telah memberikan sedikit sokongan terhadap harga komoditi hitam ini. Selain itu, harga emas turun 0.01% ke $1944.35 setroy auns kerana sentimen para pelabur terhadap pasaran yang berisiko telah meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum buliish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 92.55.
Tahap rintangan: 94.10, 95.95
Tahap sokongan: 92.55, 91.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3150.
Tahap rintangan: 1.3150, 1.3245
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2950

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedanm menguji tahap rintangan di 1.1840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1840, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1780, 1.1705

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 106.95. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.15.
Tahap rintangan: 106.95, 107.90
Tahap sokongan:106.15, 105.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7190. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7190, 0.7235
Tahap sokongan: 0.7145, 0.7110

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6580. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6480.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6755
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3210. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran tersebut.
Tahap rintangan: 1.3335, 1.3505
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3045

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangna di 0.9120. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.9120, 0.9200
Tahap sokongan: 0.9050, 0.8975

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 42.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 42.90.
Tahap rintangan: 42.90, 43.55
Tahap sokongan: 42.10, 41.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1963.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1931.20.
Tahap rintangan: 1963.85, 2000.00
Tahap sokongan: 1931.20, 1900.50