17 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Yen Jepun meningkat susulan dengan penyusutan sentimen selera risiko.
Yen Jepun melonjak susulan dengan penyusutan dalam sentimen selera risiko di pasaran global selepas pemerintah Afghanistan runtuh, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset berisiko ke arah aset selamat seperti Yen Jepun dan Franc Swiss. Menurut kepada New York Times, Taliban secara efektif mengawal sepenuhnya terhadap Afghanistan pada hari Ahad, meningkatkan kekacauan dan ketakutan di bandar dengan puluhan ribu orang berusaha melarikan diri dari negara Afghanistan. Presiden Afghanistan telah melarikan diri ke negara lain sementara tentera Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk mengusir diplomat dan orang awam dari sebuah bandar yang semakin panik. Selain itu, Yen Jepun telah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah data ekonomi yang mengecewakan dari China dan peningkatan varian Delta Covid-19 di seluruh dunia terus mengurangkan sentimen risiko di pasaran FX. Semasa penulisan, USD / JPY menyusut sebanyak 0.30% ke 109.25.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.94% ke $67.45 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah di tengah-tengah prospek permintaan yang negatif ketika pertumbuhan ekonomi global nampaknya perlahan berikutan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.41% ke $178720 se troy ouns semasa penulisan di tengah-tengah kekurangan sentimen risiko di pasaran kewangan global telah meningkatkan daya tarikan ke atas aset selamat tersebut.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jun) | 7.30% | 8.70% | – |
| 14:00 | GBP – Claimant Count Change (Jul) | -114.8K | – | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) | 1.30% | 0.20% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 93.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 91.80.
Tahap rintangan: 93.25, 94.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3880. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3805.
Tahap rintangan: 1.3880, 1.3980
Tahap sokongan: 1.3805, 1.3740

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1705. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1850.
Tahap rintangan: 1.1850, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1635

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 109.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 109.20.
Tahap rintangan: 109.75, 110.55
Tahap sokongan: 109.20, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.7320.. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7495
Tahap sokongan: 0.7320, 0.7240

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7305
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2585. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2315

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9145. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9145, 0.9330
Tahap sokongan: 0.9035, 0.8940

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 68.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 68.00, 69.85
Tahap sokongan: 66.25, 65.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1788.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1788.50, 1812.50
Tahap sokongan: 1773.35, 1756.10