17 November 2021 Analisis Sesi Petang
Paun sterling jatuh di tengah-tengah data positif daripada A.S.
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah terhadap dolar dan pasangan mata wang lain di tengah-tengah data ekonomi yang positif daripada A.S. Pada semalam, AS telah mengeluarkan data Retail Sales yang lebih baik daripada jangkaan dan ini telah mencerminkan kesan gabungan Halloween dan membeli belah pada awal cuti. Perbelanjaan pengguna yang meningkat boleh mengakibatkan tekanan inflasi yang melambung tinggi sekali gus dan mencetuskan spekulasi pasaran bahawa Fed akan memulakan kenaikan kadar faedah dengan lebih awal. Namun begitu, momentum penurunan bagi pasangan mata wang GBP/USD adalah terhad di tengah-tengah data pekerjaan UK yang meningkat. Menurut Office for National Statistics, data Average Earning Index U.K. untuk bulan September telah memberi bacaan sebanyak 5.8%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 5.6%. Paras gaji yang meningkat di UK dijangka akan meningkatkan tekanan inflasi susulan dengan perbelanjaan pengguna yang semakin meningkat. Di samping itu, data Claimant Count Change U.K. juga bertambah baik daripada bacaan sebelumnya sebanyak -51.1K kepada -14.9K. Pejabat Perangkaan Kebangsaan yakin bahawa ia adalah berkemungkinan untuk pekerja yang diberhentikan kerja pada penghujung skim cuti akan terus muncul di tempat kerja mereka. Buat masa ini, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terkini berkaitan dengan pengumuman dasar kewangan BoE seterusnya yang dijadualkan pada pertengahan Disember. Semasa penulisan, GBP/USD jatuh sebanyak 0.2% kepada 1.3405.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.25% kepada $79.12 setong pada masa penulisan di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan bekalan. Menurut kepada Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), ia mendakwa bahawa harga minyak yang melambung tinggi boleh memberikan insentif yang kuat untuk pengeluar minyak AS dalam pengeluaran mereka. Sebaliknya, harga emas merosot sebanyak 0.15% kepada $1853.70 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – CPI (YoY) (Oct) | 3.10% | 3.90% | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Oct) | 4.10% | 4.10% | – |
| 21:30 | USD – Building Permits (Oct) | 1.586M | 1.630M | – |
| 21:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Oct) | 0.30% | – | |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.001M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 96.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 96.25, 96.90
Tahap sokongan: 95.75, 95.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3435. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3435, 1.3545
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3160

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1265. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1375, 1.1455
Tahap sokongan: 1.1265, 1.1200

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 114.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 115.85.
Tahap rintangan: 115.85, 116.95
Tahap sokongan: 114.60, 113.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.7285. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.7175.
Tahap rintangan: 0.7285, 0.7365
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6980. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145
Tahap sokongan: 0.6980, 0.6910

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2510. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2620.
Tahap rintangan: 1.2620, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2505, 1.2410

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9295. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9370.
Tahap rintangan: 0.9370, 0.9455
Tahap sokongan: 0.9295, 0.9225

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 78.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 81.10, 84.75
Tahap sokongan: 78.40, 75.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1867.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1831.50.
Tahap rintangan: 1867.50, 1900.05
Tahap sokongan: 1831.50, 1805.60