17 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar berundur sementara tumpuan ditukar kepada Fed.
Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah sementara para pelabur menanti kenaikan kadar faedah dari Bank Pusat AS (Fed) semasa mesyuarat dua harinya yang bakal berlaku pada hari Rabu ini. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.02% ke paras 96.83. Pada hari Jumaat yang lepas, dolar telah menerima sokongan menaik berikutan dengan pembebasan laporan ekonomi yang optimistik dari AS. Menurut kepada US Census Bureau, jualan runcit (Retail Sales) bagi bulan November memberi bacaan sebanyak 0.2%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 0.1%. Data yang optimis tersebut telah memberi isyarat kepada musim perbelanjaan sempena perayaan yang lebih kukuh sementara faktor yang lain termasuk kenaikan gaji dan peningkatan keyakinan pengguna yang menyokong perbelanjaan peribadi yang lebih kukuh. Sementara itu, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.05% ke paras 1.2582 pada awal sesi dagangan Asia. Pound sterling telah dijual selepas pentadbiran PM UK Theresa May menafikan laporan untuk mengadakan referendum kedua Brexit di UK. Laporan tersebut telah menurunkan optimisme pasaran terhadap UK oleh kerana referendum tersebut adalah tindakan yang wajar memandangkan May di dalam jangkaan meluas untuk gagal memperoleh sokongan majoriti di dalam undian draf Brexit peringkat Parlimen.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.27% ke paras $51.31 setong selepas pasaran dibuka pada pagi ini. Komoditi tersebut menerima sokongan menaik selepas UK Baker Hughes Oil Rig Count menurun sebanyak 4 ke paras 873, lebih rendah daripada bacaan sebelumnya iaitu 877. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,237.31 se troy auns selepas dolar AS berundur pada pagi tadi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Nov) | 2.0% | 2.0% | – |
| 19:00 | GBP – CBI Industrial Trends Orders (Dec) | 10 | 6 | – |
| 21:30 | USD – NY Empire State Manufacturing Index (Dec) | 23.30 | 20.10 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 96.80.
Tahap rintangan: 97.00, 97.15
Tahap sokongan: 96.80, 96.60

GPBUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2500.
Tahap rintangan: 1.2700, 1.2900
Tahap sokongan: 1.2500, 1.2380

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 1.1310. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.1310.
Tahap rintangan: 1.1310, 1.1360
Tahap sokongan: 1.1265, 1.1220

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 113.70, 113.85
Tahap sokongan: 113.30, 112.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 0.7170.
Tahap rintangan: 0.7220, 0.7265
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 0.6840. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas pemecahan berlaku di 0.6780.
Tahap rintangan: 0.6840, 0.6890
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6710

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia melantun dari paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3430, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3380, 1.3315

USDCHF, H4: USDCHF telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan berhampiran 0.9955. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke sasaran 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9930

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan aliran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat lantunan mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 52.00.
Tahap rintangan: 52.00, 52.90
Tahap sokongan: 50.25, 49.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepa sia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan penurunan dan menuju ke arah garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 1237.25, 1242.10
Tahap sokongan: 1228.00, 1220.00