83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Disember 2018                             Analisis Sesi Petang

 

Dolar berkekal rata menjelang mesyuarat Fed.

Dolar AS telah didagang dengan rata di sekitar 96.85 selepas ia mencecah paras tinggi 19 bulan pada Jumaat lepas sementara para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada mesyuarat Bank Pusat AS (Fed) yang bakal diadakan pada hari Rabu ini. Dalam mesyuarat tersebut, Fed akan lebih fokus ke dalam analisis prospek ekonomi AS dan menentukan dasar kewangan bagi masa yang akan datang. Sebelum mesyuarat tersebut, para pelabur menjangkakan Fed untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Walaubagaimanapun, komen terkini oleh pengerusi Fed Jerome Powell mengenai kadar faedah semasa lebih berhampiran dengan tahap ‘neutral’ adalah bersifat dovish kerana ia menunjukkan bahawa Fed tidak akan merangsang atau menghalang pertumbuhan ekonomi. Indeks dolar telah merosot sebanyak 0.03% ke 96.80. Sebaliknya, pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.01% ke 1.2580 semasa sesi perdagangan Asia berikutan dengan penuduhan Perdana Menteri UK Theresa May terhadap bekas Perdana Menteri Tony Blair atas cadangan untuk menjalani referendum Brexit kedua yang dianggap sebagai pelanggaran kepercayaan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.31% ke paras $51.60 setong berikutan dengan pengurangan aktiviti pelantaran minyak ke paras rendah dua bulan semasa pelantaran AS menutup sebanyak empat pelantar minyak pada minggu ini. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.05% ke $1237.60 se troy auns di tengah-tengah pengalihan portfolio para pelabur dari aset selamat ke aset yang lebih berisiko seperti Euro dan Pound sterling.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 EUR – CPI (YoY) (Nov) 2.0% 2.0%
19:00 GBP – CBI Industrial Trends Orders (Dec) 10 6
21:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Dec) 23.30 20.10

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 96.85. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.

Tahap rintangan: 97.05, 97.30

Tahap sokongan: 96.85, 96.60

 

GPBUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2535. MACD yang memaparkan momentum bias bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2610.

Tahap rintangan: 1.2610, 1.2675

Tahap sokongan: 1.2535, 1.2485

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1275. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1320.

Tahap rintangan: 1.1320, 1.1340

Tahap sokongan: 1.1275, 1.1225

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi di dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 113.50. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

Tahap rintangan: 113.50, 113.70

Tahap sokongan: 113.20, 112.70

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.7180. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

Tahap rintangan: 0.7180, 0.7220

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7115

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6790. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6810.

Tahap rintangan: 0.6810, 0.6840

Tahap sokongan: 0.6790, 0.6750

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3365. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pengunduran atau pemecahan dari tahap rintangan tersebut adalah diperlukan untuk pengetahuan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

Tahap rintangan: 1.3415, 1.3445

Tahap sokongan: 1.3365, 1.3330

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9955. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0005.

Tahap rintangan: 1.0005, 1.0045

Tahap sokongan: 0.9955, 0.9915

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 50.35. Oleh kekurangan isyarat daripada MACD, pengesahan yang selanjutnya adalah diperlukan seperti pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan tersebut sebelum memasuki pasaran.

Tahap rintangan: 52.80, 54.05

Tahap sokongan: 50.35, 49.20

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1235.50. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1239.10.

Tahap rintangan: 1239.10, 1242.05

Tahap sokongan: 1235.50, 1228.50