17 Disember 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar melanjutkan kerugian berikutan dengan Fed dan Powell yang dovish.
Semasa awal sesi Asia, indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh berikutan dengan pengumuman keputusan kadar faedah FOMC baru-baru ini. Seperti yang dijangkakan, Fed AS telah mengekalkan kadar faedah dalam lingkungan 0% hingga 0.25% sementara para penggubal dasar berkomitmen untuk menyokong ekonomi sehingga mereka menyaksikan “kemajuan lebih lanjut” dalam pekerjaan dan inflasi. Namun, Powell telah menekankan bahawa dasar FOMC yang sangat akomodatif tidak akan pergi ke mana-mana dalam masa terdekat. Beliau juga menyatakan bahawa FOMC boleh memberikan lebih banyak rangsangan jika diperlukan. Kenyataan yang dovish dan kekurangan tindakan dari Fed telah mengecewakan pasaran kerana para pelabur pada mulanya menjangkakan pelonggaran yang lebih mendalam, justerunya ia menyeret dolar AS ke bawah. Pada masa penulisan, indeks dolar merosot sebanyak 0.25% kepada 90.08.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.9% kepada $ 48,02 setong pada masa penulisan berikutan data positif dari EIA. Menurut kepada EIA, inventori minyak mentah turun sebanyak 3.1 juta tong minggu lalu, lebih tinggi daripada jangkaan untuk penurunan sebanyak 1.937 juta tong oleh para penganalisis. Pada masa yang sama, komoditi juga terus mendapat sokongan dari harapan terhadap pemulihan permintaan yang lebih cepat susulan dengan negara-negara di seluruh dunia meluluskan penggunaan vaksin koronavirus. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.03% kepada $ 1864.89 se troy auns pada masa penulisan di tengah kelemahan dolar yang berterusan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16.30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
17.00 CHF SNB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | CHF – SNB Interest Rate Decision | -0.75% | -0.75% | – |
| 18.00 | EUR – CPI (YoY) (Nov) | -0.3% | -0.3% | – |
| 20.00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Dec) | 0.10% | 0.10% | – |
| 21.30 | USD – Building Permits (Nov) | 1.544M | 1.550M | – |
| 21.30 | USD – Initial Jobless Claims | 853K | 800K | – |
| 21.30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec) | 26.3 | 20.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 89.95. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 90.55, 91.40
Tahap sokongan: 89.95, 89.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3505. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3505, 1.3735
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3150

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.2165. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2355.
Tahap rintangan: 1.2355, 1.2575
Tahap sokongan: 1.2165, 1.2010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 103.65. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 103.20.
Tahap rintangan: 103.65, 104.50
Tahap sokongan: 103.20, 102.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7570. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7450.
Tahap rintangan: 0.7570, 0.7655
Tahap sokongan: 0.7450, 0.7340

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.7105. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7105, 0.7175
Tahap sokongan: 0.7010, 0.6900

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2680. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2830.
Tahap rintangan: 1.2830, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2680, 1.2540

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.8850. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.8920.
Tahap rintangan: 0.8920, 0.8985
Tahap sokongan: 0.8850, 0.8775

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 48.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 48.60, 50.85
Tahap sokongan: 46.40, 43.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1850.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1881.25.
Tahap rintangan: 1881.25, 1920.00
Tahap sokongan: 1850.45, 1815.15