83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Disember 2020                             Analisis Sesi Petang

Paun berayun, pelabur terus memantau pada perbincangan Brexit.

Paun sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama yang didagang dengan ketara di pasaran FX mengalami corak bercampur-campur ketika kini masih berada di tahap tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun menjelang perbincangan penting antara UK dan EU. Dengan tinggal kurang dari dua minggu sebelum tarikh akhir Brexit, EU dan UK kini berada dalam rundingan terakhir untuk mencapai perjanjian untuk mengelakkan kemungkinan Hard-Brexit. Walaupun ada berita baru-baru ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak bergerak menuju ke kesepakatan, namun masih belum jelas bahawa sama ada UK dan EU akan berjaya mencapai perjanjian dalam jangka masa yang tinggal. Menurut pernyataan terbaru daripada Presiden EU Ursula von der Leyen, beliau telah menekankan bahawa perbincangan mengenai perikanan tetap ‘sangat sukar’. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa dia tidak dapat menjanjikan bahawa kesepakatan akan dapat dicapai antara dua negara, tetapi ia masih ada ‘jalan untuk menuju ke kesepakatan’, tetapi ‘jalannya sangat sempit’. Setakat ini, pasangan GBP/USD meningkat 0.24% ke 1.3538.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak 1.02% ke $48.58 setong semasa penulisan di tengah-tengah sentimen pasaran komoditi hitam ini tetap optimis sejak pelaksanaan vaksin di AS. Selain itu, penurunan dalam inventori minyak mentah AS juga mendorong harga minyak mentah ke paras yang lebih tinggi. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke 1864.00 di tengah kelemahan dolar indeks.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16.30                     CHF                                         SNB Monetary Policy Assessment

17.00                     CHF                                         SNB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30                 CHF – SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
18.00                 EUR – CPI (YoY) (Nov) -0.3% -0.3%
20.00                 GBP – BoE Interest Rate Decision (Dec) 0.10% 0.10%
21.30 USD – Building Permits (Nov) 1.544M 1.550M
21.30 USD – Initial Jobless Claims 853K 800K
21.30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Dec) 26.3 20.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 89.90. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 90.95, 91.80

Tahap sokongan: 89.90, 89.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3540. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3540, 1.3655

Tahap sokongan: 1.3465, 1.3365

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2165. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2240.

 

Tahap rintangan: 1.2240, 1.2330

Tahap sokongan: 1.2165, 1.2075

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 103.20. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 103.70, 104.05

Tahap sokongan: 103.20, 102.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7590. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7590, 0.7690

Tahap sokongan: 0.7480, 0.7370

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7095. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7165.

 

Tahap rintangan: 0.7165, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7095, 0.7015

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2720. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3025, 1.3370

Tahap sokongan: 1.2720, 1.2520

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.8845. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980

Tahap sokongan: 0.8845, 0.8755

 

CrudeOIL, Weekly: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 49.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 49.95, 60.30

Tahap sokongan: 41.60, 33.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1865.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1865.75, 1891.55

Tahap sokongan: 1845.00, 1824.50