18 Februari 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
AUD menjunam susulan minit mesyuarat RBA.
Dolar Australia telah melanjutkan kerugiannya apabila dibandingkan dengan dolar AS susulan dengan pembebasan minit mesyuarat dari Bank Pusat Australia (RBA) semasa sesi Asia. Menurut kepada minit mesyuarat, ahli penggubal dasar mengulas bahawa kadar faedah yang rendah adalah diperlukan untuk tempoh masa yang lebih panjang di Australia bagi mencapai kadar pekerjaan penuh serta sasaran inflasi. Namun, bank pusat tersebut masih kekal berwaspada ke atas impak epidemik koronavirus yang boleh memberi kesan kepada perkembangan ekonomi China memandangkan ia adalah rakan dagang utama bagi Australia. Selain itu, RBA juga menegaskan bahawa mereka akan melonggarkan dasar kewangan sekiranya diperlukan bagi menyokong momentum ekonomi serantau. Para pelabur sebelum ini menjangkakan isyarat hawkish dari RBA selepas Gabenor Philip Lowe menegaskan optimisme beliau terhadap kemampuan ekonomi Australia untuk membendung impak koronavirus. Walaupun kadar jangkitan telah menyusut, para pelabur masih kekal berwaspada oleh kerana impaknya ke atas ekonomi global masih berlegar. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD menurun sebanyak 0.39% ke 0.6687.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.77% ke $51.76 setong. Niaga hadapan minyak mentah telah dijual pada hari Selasa berikutan dengan kekhuatiran para pelabur terhadap impak koronavirus di China serta kesannya terhadap permintaan minyak global. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.37% ke $1,586.61 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Dec) | 3.2% | 3.0% | – |
| 17:30 | GBP – Claimant Count Change (Jan) | 14.9K | 22.6K | – |
| 18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Feb) | 26.7 | 22.0 | – |
| 21:30 | USD – NY Empire State Manufacturing Index (Feb) | 4.80 | 5.00 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 99.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 99.05, 99.80
Tahap sokongan: 98.35, 97.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3020. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2985.
Tahap rintangan: 1.3020, 1.3065
Tahap sokongan: 1.2985, 1.2950

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.0900. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0900, 1.1005
Tahap sokongan: 1.0785, 1.0655

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 109.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 110.15, 110.65
Tahap sokongan: 109.60, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6705. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6665.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6750
Tahap sokongan: 0.6665, 0.6630

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6425. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6380.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6380, 0.6325

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3240. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3330, 1.3395
Tahap sokongan: 1.3240, 1.3180

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9825. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9780.
Tahap rintangan: 0.9825, 0.9870
Tahap sokongan: 0.9780, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 52.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 50.95.
Tahap rintangan: 52.35, 54.05
Tahap sokongan: 50.95, 49.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1587.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1587.20, 1595.90
Tahap sokongan: 1576.00, 1565.00