83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Februari 2021                                Analisis Sesi Petang

Dolar melonjak susulan mesyuarat FOMC.

Semasa lewat sesi Asia, indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama terus melanjutkan kenaikannya susulan dengan pembebasan minit mesyuarat dari Fed. Menurut kepada minit mesyuarat tersebut, ahli Fed menyatakan bahawa pelonggaran dasar akan dikekalkan untuk jangka masa yang lebih lama bagi menyokong pemulihan ekonomi. Cadangan ini telah diberikan disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa yang masih jauh dari sasaran yang ditetapkan dan ia memerlukan masa yang lebih panjang untuk memulih secara beransur-ansur. Namun, Fed juga menyatakan bahawa momentum pemulihan ekonomi telah berkembang dengan cepat pada beberapa bulan yang lalu dan pasaran pekerjaan telah menunjukkan isyarat pemulihan yang ketara. Fed juga menyatakan bahawa kadar inflasi dijangka akan meningkat secara beransur-ansur disebabkan oleh kenaikan perbelanjaan pengguna setelah vaksin diedarkan secara meluas dan pelonggaran sekatan sosial di masa depan. Pada masa yang sama, hasil perbendaharaan AS yang tinggi juga terus menyokong permintaan dolar AS. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat 0.05% kepada 90.85.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 0.39% kepada $61.89 setong semasa penulisan berikutan dengan cuaca sejuk Texas terus mempengaruhi bekalan minyak. Cuaca sejuk yang berterusan terus melanda Texas dan menutup sekurang-kurangnya seperlima daripada pengeluaran A.S. dan sejuta tong pengeluaran minyak mentah. Para pakar menyatakan bahawa cuaca ini boleh menjejaskan pengeluaran minyak mentah untuk jangka masa yang lebih lama. Sebaliknya, harga emas melambung sebanyak 0.43% kepada $ 1784.12 se troy auns di tengah-tengah pembetulan teknikal setelah baru-baru ini menjunam sekitar 1% yang disebabkan oleh kekuatan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Building Permits (Jan) 1.704M 1.679M
21:30 USD – Initial Jobless Claims 793K 765K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 90.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 90.90, 91.55

Tahap sokongan: 90.40, 90.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3845. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3950, 1.4085

Tahap sokongan: 1.3845, 1.3750

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2065. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2065, 1.2150

Tahap sokongan: 1.2010, 1.1955

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 106.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.65.

 

Tahap rintangan: 106.10, 106.50

Tahap sokongan: 105.65, 105.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7720. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7815.

 

Tahap rintangan: 0.7815, 0.7865

Tahap sokongan: 0.7720, 0.7670

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7165. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7255.

 

Tahap rintangan: 0.7255, 0.7305

Tahap sokongan: 0.7165, 0.7110

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2690. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2770, 1.2840

Tahap sokongan: 1.2690, 1.2610

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.8980. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.8980, 0.9045

Tahap sokongan: 0.8925, 0.8845

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 60.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 62.80.

 

Tahap rintangan: 62.80, 65.20

Tahap sokongan: 60.35, 58.40

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1777.80. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1821.75, 1872.75

Tahap sokongan: 1777.80, 1720.70