83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Februari 2022                                Analisis Sesi Petang

Dolar Australia melonjak susulan dengan prospek positif ke atas pasaran pekerjaan.

Dolar Australia telah mencatat keuntungannya susulan dengan data ekonomi positif semalam, yang mencetuskan momentum bullish ke atas pasangan AUD/USD. Menurut kepada Australian Bureau of Statistiks, Australia Employment Change telah memberi bacaan sebanyak 12.9K, melebihi ramalan pasaran sebanyak -15.0K. Memandangkan data menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan, yang selanjutnya memberangsangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Australia sambil meningkatkan jangkaan hawkish daripada Reserve Bank of Australia pada masa hadapan. Walaupun begitu, Dolar Australia telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan global. Baru-baru ini, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine telah mencetuskan peralihan sentimen ke arah aset yang lebih selamat, mencetuskan momentum penjualan ke atas Australia Dolar. Semasa penulisan, para pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini berhubung ketegangan geopolitik antara Ukraine dan Rusia serta data ekonomi selanjutnya untuk menerima isyarat dagangan. Semasa penulisan, AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.22% ke 0.7200.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.76% ke $91.25 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah di tengah-tengah peserta pasaran membuat spekulasi bahawa prospek positif nuklear AS-Iran akan mendorong Amerika Syarikat untuk menghapuskan tarif perdagangan dari Iran, yang meningkatkan bekalan minyak pada masa hadapan. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.40% ke $1891.00 se auns troy semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Retail Sales (MoM) (Jan) -3.7% 1.0%
21:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) 1.1% -2.0%
23:00 USD – Existing Home Sales (Jan) 6.18M 6.10M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 95.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 95.95, 96.80

Tahap sokongan: 94.55, 93.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3505. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3615, 1.3730

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3440

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1380. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1380, 1.1475

Tahap sokongan: 1.1290, 1.1235

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 115.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 115.40, 116.25

Tahap sokongan: 114.30, 113.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7205. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7205, 0.7270

Tahap sokongan: 0.7125, 0.7055

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6710. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6710, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6535, 0.6430

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2655. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2780, 1.2950

Tahap sokongan: 1.2655, 1.2475

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9175. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9270, 0.9345

Tahap sokongan: 0.9180, 0.9095

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 88.50. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 91.50, 93.05

Tahap sokongan: 88.50, 86.20

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1900.35. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1900.35, 1923.35

Tahap sokongan: 1870.15, 1847.60