18 April 2022 Analisis Sesi Petang
Euro menyusut susulan dengan ketegangan Rusia-Ukraine mencetuskan risiko stagflasi.
Euro melanjutkan kerugiannya berikutan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di rantau Eropah. Ahli ekonomi Jerman meramalkan kemelesetan dalam ekonomi terbesar Eropah sekiranya bekalan minyak dan gas Rusia dihentikan, dan kesannya boleh membawa kepada risiko stagflasi yang ketara pada masa hadapan. Menurut kepada ABC News, beberapa roket melanda pusat bandar kedua terbesar di Ukraine pada hari Ahad. Pada masa ini, konflik Rusia-Ukraine masih belum reda, Setiausaha Negara AS Antony Blinken memberitahu sekutu Eropah bahawa AS percaya operasi ketenteraan Rusia di Ukraine boleh kekal serius hingga akhir 2022. Pada masa yang sama, AS dan NATO telah meningkat penghantaran mereka senjata ampuh ke Ukraine, mencetuskan lebih banyak komplikasi ke atas isu tersebut. Semasa penulisan, EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.07% ke $1.0798.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 1.25% ke $108.25 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi di tengah-tengah peningkatan ketegangan di Libya telah mendorong pihak berkuasa untuk menghentikan pengeluaran minyak dari medan minyak EI-Feel pada hari Ahad. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.57% ke $1984.65 se auns troy semasa penulisan di tengah-tengah penurunan selera risiko dalam pasaran kewangan global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day GBP United Kingdom – Easter
All Day EUR Germany – Easter
All Day CHF Switzerland – Easter
All Day EUR Italy – Easter
All Day EUR France – Easter
All Day EUR Spain – Easter
All Day AUD Australia – Easter
All Day HKD Hong Kong – Easter
All Day NZD New Zealand – Easter
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 101.20, 102.20
Tahap sokongan: 99.35, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berhampiran dengan tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3135, 1.32000
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2855
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0905, 1.0975
Tahap sokongan: 1.0795, 1.0690
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 128.05, 129.85
Tahap sokongan: 126.00, 123.95
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.7390, 0.7530
Tahap sokongan: 0.7270, 0.7180
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.6745, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6630
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9430, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9110
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 111.60, 116.10
Tahap sokongan: 107.10, 101.50
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1988.95, 2005.35
Tahap sokongan: 1963.00, 1945.05