83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Mei 2020                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar jatuh selepas pelan rangsangan telah diluluskan di Dewan Perwakilan AS.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama merosot berikutan Dewan Perwakilan AS meluluskan program rangsangan pusingan baru pada hari Jumaat lalu. Sejak penularan Covid-19, kerajaan AS dan Federal Reserve telah bekerjasama untuk melaksanakan pelbagai jenis program rangsangan untuk meredakan kerosakan wabak ini terhadap perniagaan dan penduduk tempatan. Oleh itu, program bantuan baru yang berjumlah $ 3 trilion ini juga berfungsi dengan tujuan yang sama untuk memerangi kesan negatif virus terhadap ekonomi AS. Walau bagaimanapun, pakej bantuan ini dijangka menghadapi halangan dan berkemungkinan tidak dapat diluluskan di Dewan Senat AS kerana anggota majoriti Parti Republik tidak setuju dengan pakej bantuan baru ini. Selain itu, rumah putih AS juga mendedahkan bahawa dia akan membatalkan rancangan itu kerana rancangan itu tidak sesuai terhadap ekonomi AS. Walaupun begitu, pakej bantuan baru dijangka akan dikemukakan tidak lama lagi karena nada Trump menunjukkan sokongannya terhadap pelaksanaan program rangsangan baru. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.02% ke 100.35.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak 2.95% ke $30.40 setong kerana keyakinan pelabur terhadap pasaran komoditi hitam ini meningkat berikutan nada positif daripada OPEC. Dalam wawancara dengan Bloomberg, setiausaha OPEC Mohammed Barkindo mendedahkan bahawa krisis minyak telah berakhir dan kini berada di belakang dunia. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.40% ke $1750.20 setroy auns susulan dengan kelemahan pasaran indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

All Day                   CAD                                        Victoria Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 99.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 100.85.

 

Tahap rintangan: 100.85, 102.90

Tahap sokongan: 99.75, 98.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2115. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2010.

 

Tahap rintangan: 1.2115, 1.2215

Tahap sokongan: 1.2010, 1.1890

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0830.

 

Tahap rintangan: 1.0830, 1.0940

Tahap sokongan: 1.0765, 1.0655

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 107.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.25.

 

Tahap rintangan: 107.20, 108.20

Tahap sokongan: 106.25, 105.55

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6555. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6370.

 

Tahap rintangan: 0.6555, 0.6705

Tahap sokongan: 0.6370, 0.6180

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.5920. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.5995.

 

Tahap rintangan: 0.5995, 0.6065

Tahap sokongan: 0.5920, 0.5850

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.4120. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3980.

 

Tahap rintangan: 1.4120, 1.4240

Tahap sokongan: 1.3980, 1.3855

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9710. MACD yang menunjukkan isyarat moemntum bullish yang berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9750, 0.9795

Tahap sokongan: 0.9710, 0.9660

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 30.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 30.50.

 

Tahap rintangan: 30.50, 33.00

Tahap sokongan: 28.75, 26.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1738.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1757.60.

 

Tahap rintangan: 1757.60, 1766.35

Tahap sokongan: 1738.15, 1726.05