83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Mei 2021                        Analisis Sesi Pagi

 

Sentimen pasaran terhadap dolar AS merosot.

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan pembebasan data ekonomi yang suram pada hari Jumaat yang lepas. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.03% ke 90.15 semasa sesi dagangan Asia. Pada hari Jumaat lepas, data Retail Sales bagi bulan April memaparkan penurunan yang ketara dari segi perbelanjaan pengguna walaupun pihak kerajaan mengambil langkah untuk meluluskan rangsangan ekonomi yang lebih lanjut. Data tersebut telah menurunkan jangkaan para pelabur terhadap pemulihan ekonomi yang lebih pantas dan peningkatan kadar inflasi yang lebih tinggi di dalam tempoh masa terdekat. Pada semalam, ahli Fed Raphael Bostic memberi komen bahawa Federal Reserve akan memantau keadaan ekonomi dan menilai samada momentum pemulihan semasa adalah di dalam jangkaan mereka. Selain itu, Bostic juga menegaskan bahawa sebarang perubahan ke atas dasar kewangan memerlukan penstabilan ke atas kesemua aspek ekonomi yang termasuk inflasi dan pasaran pekerjaan. Isyarat yang disampaikan oleh Bostic telah mengukuhkan pandangan Fed bahawa mereka akan mengekalkan dasar kewangan yang longgar bagi membekalkan sokongan mencukupi untuk pemulihan ekonomi.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.15% ke $66.27 setong. Pada semalam, Israel telah melancarkan peluru berpandu ke bahagian selatan Gaza walaupun pemimpin global menyeru untuk menghentikannya. Peningkatan ketegangan diantara Israel dan Gaza berkemungkinan untuk menjejaskan pembekalan minyak di rantau tersebut dan membekalkan peningkatan harga minyak bagi jangka pendek. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,865.97 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Mar) 4.5% 4.6%
14:00 GBP – Claimant Count Change (Apr) 10.1K
20:30 USD – Building Permits (Apr) 1.759M 1.770M

 


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 90.00.

 

Tahap rintangan: 90.20, 90.45

Tahap sokongan: 90.00, 89.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah 1.4170.

 

Tahap rintangan: 1.4170, 1.4240

Tahap sokongan: 1.4100, 1.4020

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas melantun dari tahap sokongan 1.2125. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di 1.2170.

 

Tahap rintangan: 1.2175, 1.2230

Tahap sokongan: 1.2125, 1.2070

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap sokongan 109.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.25, 109.45

Tahap sokongan: 109.00, 108.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7805, 0.7850

Tahap sokongan: 0.7755, 0.7700

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7190. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7240, 0.7280

Tahap sokongan: 0.7190, 0.7145

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.2080. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.2010.

 

Tahap rintangan: 1.2080, 1.2180

Tahap sokongan: 1.2010, 1.1900

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9045, 0.9065

Tahap sokongan: 0.9025, 0.9000

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 66.50.

 

Tahap rintangan: 66.50, 67.60

Tahap sokongan: 65.50, 64.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 1863.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah 1880.00.

 

Tahap rintangan: 1880.00, 1895.00

Tahap sokongan: 1863.25, 1845.00