18 Jun 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meneruskan kenaikan susulan nada hawkish Fed.
Dolar AS telah meneruskan kenaikannya pada semalam berlatarbelakangkan isyarat hawkish yang disampaikan oleh Federal Reserve. Majoriti daripada ahli Fed menjangkakan 2 kali kenaikan kadar faedah pada tahun 2023, lebih awal daripada jangkaan iaitu tahun 2024. Sementara itu, sesetengah ahli Fed berpendapat bahawa kenaikan kadar faedah boleh dilaksanakan pada tahun 2022 sekiranya ekonomi AS memulih dengan ketara dan mencapai sasaran yang ditetapkan di dalam tempoh masa pertengahan. Kedua-dua isyarat tersebut mencadangkan bahawa Fed bakal mengurangkan jumlah pembelian bon dan bersiap sedia untuk meningkatkan kadar faedah sekiranya keadaan pasaran dan ekonomi meneruskan pemulihannya. Namun, peningkatan pada dolar AS adalah terhad susulan dengan pembebasan data yang bearish pada semalam. Bagi minggu lepas, Initial Jobless Claims telah meningkat buat kali pertama di dalam tempoh 2 bulan ke 412K, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 359K. Sementara itu, Philadelphia Fed Manufacturing Index menurun ke paras 30.7 bagi bulan Jun, lebih rendah daripada ramalan iaitu 31.0. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.01% ke 91.85 semasa sesi dagangan Asia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.02% ke $70.65 setong berikutan dengan sentimen bullish terhadap pemulihan di dalam permintaan minyak mentah global selepas kes koronavirus meneruskan penurunannya. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1,777.90 se troy auns berikutan dengan pembetulan teknikal pada dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentative JPY BoJ Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Retail Sales (MoM) (May) | 1.80% | 9.20% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 91.90. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 91.90, 92.20
Tahap sokongan: 91.45, 91.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3965. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3965, 1.4030
Tahap sokongan: 1.3900, 1.3860

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1915. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1915, 1.1955
Tahap sokongan: 1.1865, 1.1800

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di gairsan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan penurunnya selepas ia ditutup di bawah garisan tersebut.
Tahap rintangan: 110.35, 110.85
Tahap sokongan: 109.90, 109.40

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7560. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7650, 0.7600
Tahap sokongan: 0.7515, 0.7475

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7000. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7030, 0.7065
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2250. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.2360.
Tahap rintangan: 1.2360, 1.2415
Tahap sokongan: 1.2300, 1.2250

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9180. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9180, 0.9205
Tahap sokongan: 0.9145, 0.9120

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 71.00. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian.
Tahap rintangan: 71.00, 71.70
Tahap sokongan: 70.00, 69.10

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 1772.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1795.00, 1813.00
Tahap sokongan: 1772.00, 1755.55