83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 November 2021                            Analisis Sesi Petang

 

Paun sterling meningkat susulan data CPI yang positif.

Mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah meningkat berikutan dengan pembebasan data CPI U.K yang positif baru-baru ini. Bagi Oktober, data CPI U.K meningkat kepada 4.2%, jauh lebih tinggi daripada ramalan sebanyak 3.9%. Peningkatan dalam inflasi tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga komoditi seperti petrol, minyak mentah dan gas asli yang meningkatkan kos sektor pembuatan, perindustrian dan penghantaran. Memandangkan paras inflasi di UK terus meningkat, para pelabur terus membuat spekulasi bahawa bank pusat England mungkin akan melaksanakan kenaikan kadar faedah tidak lama lagi. Menurut kepada pakar ekonomi, mereka menjangkakan BoE akan meningkatkan kadar faedah seawal-awalnya pada bulan depan. Pada masa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.10% kepada 1.3491.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh sebanyak 0.78% kepada $76.85 setong semasa penulisan berikutan dengan berita mengenai AS dan negara lain mempertimbangkan untuk menggunakan rizab minyak. Menurut kepada laporan dari Reuters, Amerika Syarikat meminta pengguna minyak utama seperti China dan Jepun untuk mempertimbangkan pelepasan rizab minyak yang diselaraskan untuk menurunkan harga. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.06% kepada $1865.89 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan pengunduran dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Initial Jobless Claims 267K 260K
21:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) 23.8 24.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 95.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.25, 96.90

Tahap sokongan: 95.70, 95.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3435. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3545.

 

Tahap rintangan: 1.3545, 1.3650

Tahap sokongan: 1.3435, 1.3300

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1265. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1375.

 

Tahap rintangan: 1.1375, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1265, 1.1200

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 114.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 113.20.

 

Tahap rintangan: 114.60, 115.85

Tahap sokongan: 113.20, 112.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.7260. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7365, 0.7455

Tahap sokongan: 0.7260, 0.7175

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6980. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7075.

 

Tahap rintangan: 0.7075, 0.7145

Tahap sokongan: 0.6980, 0.6910

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2620. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2620, 1.2765

Tahap sokongan: 1.2505, 1.2410

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9300. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9225.

 

Tahap rintangan: 0.9300, 0.9370

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9145

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 75.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 78.40, 81.10

Tahap sokongan: 75.85, 73.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1867.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1867.50, 1900.05

Tahap sokongan: 1831.50, 1805.60