83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Disember 2020                             Analisis Sesi Pagi

 

Paun sterling berundur selepas Boris Johnson memberi amaran mengenai Brexit keras.

Semasa awal sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah menyerahkan sebahagian daripada keuntungannya dan jatuh susulan dengan amaran oleh Perdana Menteri UK mengenai Brexit tanpa perjanjian. Mengikuti perkembangan terbaru, Perdana Menteri UK Boris Johnson sekali lagi menumpahkan air sejuk pada perjanjian perdagangan dan menyatakan bahawa perjanjian itu tidak mungkin dapat dicapai kecuali EU mengubah pendiriannya dengan ketara. Ketua EU, Ursula von de Leyen juga mengakui bahawa terdapat beberapa perbezaan yang besar, terutama dalam perikanan. Pada masa yang sama, menteri Kabinet Michael Gove menyatakan bahawa kemungkinan UK dan EU untuk mencapai perjanjian perdagangan pasca-Brexit adalah “kurang dari 50%”. Dengan peningkatan risiko dalam Brexit tanpa perjanjian, paun sterling sekali lagi merasakan tekanan dan jatuh. Pasaran akan terus memantau perkembangannya kerana perbincangan antara dua pihak berlanjutan sehingga hari Ahad yang merupakan tarikh akhir yang ditetapkan oleh EU. Pada masa penulisan, GBP/USD merosot 0.06% kepada $1.3571.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.011% kepada $ 48.48 setong semasa penulisan berikutan dengan prospek terhadap rangsangan fiskal AS. Para penggubal undang-undang A.S. semakin dekat dalam mencapai kesepakatan mengenai pakej perbelanjaan rangsangan virus bernilai $ 900 bilion pada hari Rabu yang dapat membantu dalam memulihkan ekonomi A.S serta meningkatkan aktiviti ekonomi dan penggunaan bahan bakar. Di samping itu, pelancaran vaksin juga terus mengekalkan pasaran dalam keadaan yang bersemangat. Sebaliknya, harga emas juga melonjak sebanyak 0.13% kepada $ 1884.36 se troy auns berikutan dengan keyakinan terhadap rangsangan AS telah mendorong permintaan untuk logam kuning ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative               JPY                       BoJ Monetary Policy Statement

Tentative               JPY                       BoJ Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15.00 GBP – Retail Sales (MoM) (Nov) 1.2% -4.2%
17.00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Dec) 90.7 90.0
21.30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Oct) 1.0% 0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan 89.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 89.35.

 

Tahap rintangan: 89.95, 91.40

Tahap sokongan: 89.35, 88.90

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3505. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3735, 1.4025

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3300

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.2165. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2165.

 

Tahap rintangan: 1.2355, 1.2515

Tahap sokongan: 1.2165, 1.2010

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 103.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 103.20, 103.65

Tahap sokongan: 102.60, 102.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7655. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.7555.

 

Tahap rintangan: 0.7655, 0.7755

Tahap sokongan: 0.7555, 0.7450

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7095.

 

Tahap rintangan: 0.7175, 0.7280

Tahap sokongan: 0.7095, 0.7010

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2680. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2830.

 

Tahap rintangan: 1.2830, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2680, 1.2540

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.8840. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.8920.

 

Tahap rintangan: 0.8920, 0.8985

Tahap sokongan: 0.8840, 0.8775

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 48.60. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 46.40.

 

Tahap rintangan: 48.60, 50.85

Tahap sokongan: 46.40, 43.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1581.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal selepas ia memecah kembali ke bawah tahap tersebut.

 

Tahap rintangan: 1920.00, 1955.00

Tahap sokongan: 1881.25, 1850.45.