19 Januari 2021 Analisis Sesi Petang
Aussie meningkat susulan data optimis, sentimen berisiko.
Semasa sesi Asia lewat, dolar Australia yang didagang dengan dolar AS dan pasangan mata wang lain telah melonjak susulan dengan pasangan mata wang ini mendapat manfaat dari data positif dan suasana risiko di pasaran. Dari segi data, Keyakinan Pengguna Mingguan ANZ Roy Morgan Australia menurun kepada 108.7 daripada 108.9. Walaupun begitu, keyakinan masih lebih tinggi daripada tahun lalu dengan sentimen pada Januari 2020 dipengaruhi oleh kebakaran hutan. Selain itu, data HIA New Home Sales juga mencapai tahap yang luar biasa dengan bacaan sebanyak 32.5%, hampir dua kali ganda berbanding dengan bacaan sebelumnya pada bulan November. Ia juga merupakan bulan terkuat yang kedua dalam tinjauan selama 20 tahun. Selain itu, momentum ini juga terus meningkat dengan perkembangan positif pada kes-kes coronavirus. Menurut ABC News, Wilayah Ibu Kota Australia (ACT) dan Victoria tidak mempunyai sebarang kes COVID-19 yang baru. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat 0.37% menjadi 0.7707.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal bercampuran secara keseluruhan dan menokok sebanyak 0.42% kepada $ 52.31 setong semasa penulisan dengan para pelabur menimbang optimisme dalam langkah rangsangan selanjutnya terhadap peningkatan dalam ketakutan terhadap permintaan bahan bakar dan COVID-19. Data ekonomi positif dari China, pengimport minyak mentah teratas di dunia, telah membantu meningkatkan sentimen dan menunjukkan bahawa pengeluaran kilang meningkat 3% ke rekod baru pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, sentimen positif ini telah diimbangi oleh peningkatan dalam jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia dan sekatan-sekatan yang mempengaruhi permintaan bahan bakar. Pasaran kini menunggu lebih banyak pemangkin untuk menentukan arah selanjutnya bagi komoditi. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.03% kepada $ 1837.98 se troy auns berikutan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jan) | 55.0 | 60.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 90.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 91.15, 91.60
Tahap sokongan: 90.55, 89.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3620. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3620, 1.3695
Tahap sokongan: 1.3545, 1.3480

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2075. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2140.
Tahap rintangan: 1.2140, 1.2215
Tahap sokongan: 1.2055, 1.1905

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ai melantun dari tahap sokongan 103.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 104.15.
Tahap rintangan: 104.15, 104.70
Tahap sokongan: 103.70, 103.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7640. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7735.
Tahap rintangan: 0.7735, 0.7820
Tahap sokongan: 0.7640, 0.7570

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7110. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7165.
Tahap rintangan: 0.7165, 0.7235
Tahap sokongan: 0.7110, 0.7015

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2720. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2825, 1.2925
Tahap sokongan: 1.2720, 1.2630

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintnagan 0.8915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.8825.
Tahap rintangan: 0.8915, 0.8980
Tahap sokongan: 0.8825, 0.8755

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 52.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 52.65, 53.80
Tahap sokongan: 51.60, 50.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1828.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1859.10.
Tahap rintangan: 1859.10, 1897.45
Tahap sokongan: 1828.80, 1808.05