83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Februari 2019                                Analisis Sesi Tengah Hari

 

 

Euro susut berlatarbelakangkan kemelesetan ekonomi.

Euro gagal untuk melanjutkan kenaikannya berbanding dengan dolar AS pada hari Selasa sementara para pelabur memberi fokus kepada perkembangan ekonomi dan dasar kewangan dari zon tersebut. Terdahulu, euro telah menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran FX selepas sentimen para pelabur bertukar positif akibat daripada penyusutan risiko perang perdagangan diantara AS dan China serta dolar yang mengalami pembetulan teknikal. Walaubagaimanapun, momentum bullish pada euro adalah masih terhad selepas data ekonomi yang dilepaskan baru-baru ini telah memberikan isyarat kemelesetan ekonomi dan ia boleh menjejaskan pelan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk meningkatkan kadar faedah menjelang musim luruh. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat ECB yang bakal diadakan pada 7hb Mac. Namun, para ekonomis menjangkakan ECB untuk memotong ramalan pertumbuhan ekonomi dan inflasi di rantau tersebut selepas ia mengalami pengecutan ekonomi yang terbesar semenjak 5 tahun lepas. Sebaliknya, dolar AS telah didagang secara stabil berbanding dengan mata wang utama yang lain sementara ia kekurangan momentum yang kukuh untuk setakat ini. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD susut sebanyak 0.08% ke 1.1299 sementara indeks dolar menokok sedikit sebanyak 0.01% ke 96.67.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berundur sebanyak 0.38% ke $55.73 setong. Harga minyak telah mengalami sedikit penyusutan semasa pertengahan sesi Asia sementara para pelabur menanti keputusan rundingan perdagangan diantara AS dan China. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.09% ke $1,325.12 se troy auns berikutan dengan lantunan pada dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Dec) 3.4% 3.5%
17:30 GBP – Claimant Count Change (Jan) 20.8K 12.3K
18:00 EUR -German ZEW Economic Sentiment (Feb) -15.0 -14.1

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 96.75. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 96.75.

 

Tahap rintangan: 96.75, 97.00

Tahap sokongan: 96.65, 96.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2930. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.2855.

 

Tahap rintangan: 1.2930, 1.2990

Tahap sokongan: 1.2855, 1.2800

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan 1.1300. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1250.

 

Tahap rintangan: 1.1300, 1.1330

Tahap sokongan: 1.1250, 1.1220

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 111.00.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.45

Tahap sokongan: 110.50, 110.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7170. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7275

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7015

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6830. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6855, 0.6890

Tahap sokongan: 0.6830, 0.6800

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3175

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0040. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah 1.0080.

 

Tahap rintangan: 1.0080, 1.0130

Tahap sokongan: 1.0040, 1.0000

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 56.45. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 56.45, 57.45

Tahap sokongan: 55.60, 54.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1329.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1329.00, 1340.00

Tahap sokongan: 1315.00, 1303.00