19 Mac 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mac 19 – 23
Kajian Pasaran (Forex): Mac 12 – 16
Dolar A.S.
Dolar AS telah ditawarkan dengan lebih tinggi pada hari Jumaat yang lalu selepas para pelabur memberikan fokus kepada data ekonomi yang positif serta penyusutan pada risiko politik dari Washington. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% ke paras 90.19 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Dari segi ekonomi, walaupun data Building Permits dan Housing Starts memberikan jumlah yang lebih rendah dengan 1.298 juta dan 1.236 juta masing-masing, sentimen di dalam kalangan para pelabur telah disegarkan dengan laporan yang optimistik mengenai pasaran pekerjaan dan perkembangan ekonomi masa hadapan.
Menurut kepada kaji selidik yang telah dijalankan oleh US Bureau of Labor Statistics, JOLTs Job Openings memaparkan pemulihan yang ketara pada bilangan pekerjaan yang ditawarkan dengan bacaan 6.312 juta berbanding dengan ramalan hanya 5.890 juta. Selain itu, laporan Sentimen Para Pengguna dari Universiti Michigan juga memaparkan pemulihan pada prospek ke atas perkembangan ekonomi dengan 102.0 berbanding ramalan hanya 99.3. Sentimen para pengguna yang lebih tinggi boleh memberi isyarat kepada perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi dan secara langsungnya meningkatkan jualan runcit serta tekanan inflasi serantau.
Dari segi politik, Presiden Donald Trump dan ketua staf beliau, John Kelly telah dilaporkan mencapai konsensus di dalam satu pertemuan pada hari Khamis yang lalu. Sebelum ini, CBS News melaporkan bahawa Kelly berkemungkinan untuk meletak jawatan dari posisinya di White House berikutan dengan konflik diantara beliau dengan Presiden. Berita sebegini telah mengurangkan keraguan para pelabur terhadap Washington selepas Rex Tillerson dipecat pada minggu lalu sambil mencetuskan ketidaktentuan politik yang tinggi dari Pentadbiran Trump.
Building Permits

—– Ramalan
Building Permits untuk bulan Februari memberi bacaan yang lebih rendah dengan 1.298 juta.
Housing Starts

—– Ramalan
Housing Starts tersasar daripada jangkaan ekonomis dengan bacaan hanya 1.236 juta.
JOLTs Job Openings

—– Ramalan
Bilangan pekerjaan yang ditawarkan telah meningkat lebih daripada jangkaan dengan bacaan sebanyak 6.312 juta pekerjaan.
Michigan Consumer Sentiment

—– Ramalan
Sentimen para pengguna telah bertambah baik bagi bulan Mac dari 99.7 ke 102.0.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.31% ke 106.01 semasa lewat sesi dagangan hari Jumaat.
EUR/USD
Euro melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.12% ke $1.2990 selepas Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi memberikan ucapan yang dovish pada hari Rabu yang lalu.
GBP/USD
GBP/USD meningkat sedikit sebanyak 0.04% dan menutup minggu lalu di paras $1.3942.
Kajian Pasaran (Komoditi): Mac 12 – 16
GOLD
Harga emas telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat lalu selepas pergolakan politik di Washington menyusut sementara para pelabur memberi fokus kepada peluang yang lebih tinggi untuk mempunyai kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve pada minggu depan. Harga logam berharga tersebut menurun sebanyak 0.18% sambil mengakhiri dagangan minggu lepas di sekitar $1,313.86 se troy ounce.
Harga emas dijangka untuk mencatat kerugian mingguan yang keempat selepas kebanyakan para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga dari membeli emas dengan harga yang rendah menjelang mesyuarat dua hari Federal Reserve yang akan bermula pada 20 Mac depan minggu depan. Merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool, para pelabur memberikan harga peluang sebanyak 93% untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas ke paras 1.50% -1.75% pada 21 Mac.
Walaupun ramai mempercayai bahawa kenaikan kadar Fed telah dihargai sepenuhnya ke dalam dolar AS, namun, penyelarasan pada garis panduan kenaikan kadar atau dikenali sebagai dot plot boleh membekalkan momentum pergerakan yang lebih besar di dalam pasaran kewangan terutamanya dolar AS dan logam berharga iaitu emas.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah diselesaikan dengan paras yang lebih tinggi pada Jumaat lalu sambil mencatatkan keuntungan mingguan yang kedua berturut-turut apabila para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada permintaan minyak mentah yang lebih tinggi dan ia boleh membantu mengatasi tekanan daripada pengeluaran AS yang lebih tinggi. Harga komoditi hitam tersebut melonjak sebanyak 1.73% atau $1.06 ke paras $62.26 semasa lewat sesi dagangan Jumaat.
Di dalam laporan bulanan yang dilepaskan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), agensi itu telah menyemak semula prospek pertumbuhan permintaan global untuk tahun 2018 sebanyak 100,000 tong sehari kepada 1.5 juta tong sehari; bacaan yang lebih optimistik berbanding dengan sebelumnya. Agensi itu juga menyatakan bahawa perubahan pada dasar perdagangan mungkin memberi kesan negatif kepada pengeluaran minyak dan ia boleh memperlahankan pengeluaran AS yang kini mencapai paras rekod tinggi sebanyak 10.4 juta tong sehari.
Walaubagaimanapun, pemulihan pada harga komoditi ini adalah terhad selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menyatakan bahawa bekalan dari negara bukan OPEC berkemungkinan untuk meningkat pada jangka panjang. Di dalam laporan mereka, OPEC berpendapat bahawa bekalan dari ahli bukan OPEC boleh meningkat ke sekitar 1.6 juta tong sehari untuk tahun 2018, jauh lebih tinggi berbanding dengan bacaan sebelumnya sebanyak 1.4 juta tong sehari. Namun, OPEC masih menegaskan bahawa usaha untuk mengurangkan pembekalan harian akan diteruskan untuk membantu mengimbangi semula harga minyak dunia.
Pandangan Mingguan: Mac 19 – 23
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada mesyuarat dua hari dari Federal Reserve AS yang berkemungkinan untuk menyemak semula pelan kenaikan kadar faedah bagi tahun ini. Penyelarasan yang lebih positif boleh mencetuskan pergerakan yang besar di dalam pasaran terutamanya dolar dan emas.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mac 19 – 23
| Isnin, Mac 19 |
Data JPY – Trade Balance (Feb) EUR- Trade Balance (Jan)
Acara USD – FOMC Member Bostic Speaks
|
| Selasa, Mac 20 |
Data AUD – House Price Index (QoQ) (Q4) EUR – German PPI (MoM) (Feb) GBP – CPI (YoY) (Feb) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Mar) EUR – ZEW Economic Sentiment CAD – Wholesale Sales (MoM) (Jan)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes
|
| Rabu, Mac 21 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jan) GBP – Claimant Count Change (Feb) GBP – Unemployment Rate (Jan) GBP – CBI Industrial Trends Orders (Mar) USD – Existing Home Sales (Feb) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara N/A
|
| Khamis, Mac 22 |
Data USD – Fed Interest Rate Decision NZD – RBNZ Interest Rate Decision AUD – Employment Change (Feb) AUD – Participation Rate (Feb) AUD – Unemployment Rate (Feb) EUR – German Manufacturing PMI (Mar) EUR – German Ifo Business Climate Index (Mar) GBP – Retail Sales (MoM) (Feb) GBP – BoE Interest Rate Decision (Mar) USD – Initial Jobless Claims USD – Manufacturing PMI (Mar) USD – Services PMI (Mar)
Acara USD – FOMC Economic Projection USD – FOMC Statement USD – FOMC Press Conference NZD – RBNZ Rate Statement EUR – ECB Economic Bulletin GBP – MPC Asset Purchase Facility Vote
|
|
Jumaat, Mac 23
|
Data JPY – National Core CPI (YoY) (Feb) USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Feb) CAD – Core CPI (MoM) (Feb) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jan) USD – New Home Sales (Feb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara USD – FOMC Member Bostic Speaks USD – FOMC Member Kashkari Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: Mac 19 – 23
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 89.40. Pergerakan harga tersebut mencadangkan bias bullish kepada indeks ini namun pemecahan dari tahap 90.00 adalah diperlukan untuk mengesahkan momentum bullish.
Tahap rintangan: 90.00, 90.95
Tahap sokongan: 89.40, 88.40
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menurun. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.3970, 1.4210
Tahap sokongan: 1.3800, 1.3600
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh iaitu 105.95. MACD histogram yang memaparkan peningkatan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menaik selanjutnya pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 108.40, 109.70
Tahap sokongan: 105.95, 105.45
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang memaparkan pembentukan isyarat dan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan aliran bearish selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1.2270.
Tahap rintangan: 1.2400, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2270, 1.2170
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menurun sementara kini sedang menguji di tahap sokongan yang kukuh iaitu 1312.00. MACD histogram yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan bias bearish yang lebih lanjut. Namun, pemecahan di bawah tahap sokongan yang kukuh tersebut adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1340.00, 1353.70
Tahap sokongan: 1312.00, 1295.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Pemecahan dari paras atas akan memberikan isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk melanjutkan kenaikan. Namun, pengunduran akan mencadangkan bahawa harga komoditi ini masih menerima tekanan dan tertakluk kepada formasi segi tiga menyempit tersebut.
Tahap rintangan: 63.75, 66.65
Tahap sokongan: 60.80, 59.00