19 April 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS menyusut susulan dengan peningkatan ketegangan di antara AS-Rusia.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan peningkatan ketegangan di antara AS dan Rusia, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di AS sambil mencetuskan penjualan ke atas Dolar AS. Ketegangan di antara Rusia dan AS meningkat selepas Presiden AS Joe Biden menegaskan bahawa Presiden Russia Vladimir Putin adalah “pembunuh” sambil menuduh campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS pada tahun lalu, penggodaman siber dan penindasan Ukraine. Menurut kepada Reuters, Rusia pada hari Jumaat yang lalu telah meminta 10 diplomat AS untuk meninggalkan negara Russia sebagai tindak balas selepas kerajaan AS memanggil jumlah diplomat Rusia yang sama untuk meninggalkan Amerika Syarikat. Langkah-langkah tersebut disetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, sebagai pembalasan terhadap sekatan pemerintah AS yang dikenakan ke atas Moskow sehari sebelumnya. Menteri Rusia juga menegaskan bahawa mereka masih mempunyai pilihan untuk menjejaskan perkembangan ekonomi di AS. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai hubungan di antara AS dan Rusia untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.05% ke 91.45.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.36% ke $62.85 se tong semasa penulisan susulan dengan prospek negatif ke atas vaksin AstraZeneca dan Johnson & Johnson selepas beberapa orang mati akibat daripada “blood-clotting” selepas menerima vaksin tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.10% ke $1777.94 se troy auns semasa penulisan susulan dengan penyusutan dalam Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 91.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks terebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 92.00, 92.55
Tahap sokongan: 91.35, 90.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3800. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3905.
Tahap rintangan: 1.3905, 1.3985
Tahap sokongan: 1.3800, 1.3675

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1985. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1985, 1.2045
Tahap sokongan: 1.1920, 1.1860

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 108.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 109.20, 109.90
Tahap sokongan: 108.45, 107.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.7705. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7770, 0.7815
Tahap sokongan: 0.7705, 0.7665

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.7110. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7320, 0.7435
Tahap sokongan: 0.7110, 0.6960

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2515. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2515, 1.2565
Tahap sokongan: 1.2475, 1.2440

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9225, 0.9365
Tahap sokongan: 0.9060, 0.8910

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 63.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 61.85.
Tahap rintangan: 63.60, 64.80
Tahap sokongan: 61.85, 59.90

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1777.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1777,95, 1807.95
Tahap sokongan: 1755.40, 1724.00