19 April 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS telah melonjak selepas hasil perbendaharaan AS mencecah paras tinggi.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah meningkat kepada paras tertinggi baru dua tahun semalam, sejajar dengan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi berikutan para pelabur membuat spekulasi terhadap sekurang-kurangnya 50 mata asas kenaikan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan. Pada masa ini, para pelabur telah menetapkan kebarangkalian dalam bacaan sebanyak 96% terhadap kenaikan kadar faedah yang sebanyak 50 mata asas semasa mesyuarat dasar monetari Fed pada bulan depan. Selain itu, penanda aras hasil Perbendaharaan AS 10 tahun telah meningkat sebanyak 4 mata asas kepada 2.851%, mencapai paras tertinggi sejak akhir 2018. Selain itu, Dolar AS melanjutkan keuntungannya berikutan dengan peningkatan ketegangan di antara Rusia-Ukraine telah mencetuskan peralihan sentimen terhadap aset selamat Dolar AS. Menurut kepada Reuters, peluru berpandu Rusia terus menyerang Lviv di barat Ukraine. Sementara itu, letupan menggegarkan bandar lain di Ukraine apabila tentera Rusia meneruskan pengeboman mereka selepas hampir menguasai Mariupol. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.50% ke 100.85.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.04% ke $107.89 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah menerima momentum bullish selanjutnya apabila ketegangan yang semakin memuncak antara Rusia-Ukraine telah menimbulkan harapan terhadap sekatan yang lebih agresif dari rantau EU untuk Rusia. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1976.80 se troy auns setakat ini semasa penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Building Permits (Mar) | 1.865M | 1.830M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 101.20, 102.20
Tahap sokongan: 99.35, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berhampiran dengan tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3135, 1.32000
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2855
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0905, 1.0975
Tahap sokongan: 1.0770, 1.0690
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 128.05, 129.85
Tahap sokongan: 126.00, 123.95
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.7390, 0.7530
Tahap sokongan: 0.7270, 0.7180
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.6745, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6610
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9455, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9110
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.10, 111.60
Tahap sokongan: 101.50, 97.75
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1988.95, 2005.35
Tahap sokongan: 1963.00, 1945.05