19 April 2023 Analisis Sesi Petang
Dolar Kanada merosot susulan pandangan Fed kekal hawkish.
USD/CAD, yang didagangkan oleh majoriti pelabur global meneruskan pergerakan menaiknya pada hari semalam berikutan dengan ucapan hawkish daripada pegawai Fed. Menurut kepada Reuters, Presiden Rizab Persekutuan St. Louis James Bullard mengulangi pada hari Selasa bahawa Fed harus meneruskan kenaikan kadar faedah kerana data inflasi baru-baru ini menunjukkan risiko harga tinggi kekal berterusan. Selain itu, beliau menyatakan pandangan bahawa pasaran buruh AS masih kukuh, yang meningkatkan kemungkinan kenaikan kadar faedah selanjutnya selepas mesyuarat pada Mei. Dengan itu, beliau berminat untuk menaikkan kadar ke julat 5.5% hingga 5.75%. Seorang lagi ahli Fed telah mengulangi ucapan Bullard. Presiden Bank Rizab Persekutuan Atlanta Raphael Bostic mendakwa bahawa kadar faedah mungkin akan kekal melebihi 5% untuk mengurangkan inflasi dengan cekap. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh USD/CAD adalah terhad berikutan peningkatan inflasi di Kanada. Canada Core Consumer Price Index (CPI) MoM pada bulan Mac telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.5% ke 0.6%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Oleh itu, Bank of Canada (BoC) mungkin akan mengikuti langkah Fed, yang meningkatkan daya tarikan Dolar Kanada. Semasa penulisan, USD/CAD meningkat sebanyak 0.07% ke 1.3396.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.09% ke $80.83 setong setakat penulisan berikutan kenyataan hawkish daripada Fed telah membawa kepada peningkatan Dolar AS, yang menyebabkan harga minyak menjadi lebih mahal. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.04% ke $2003.21 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
14:00 | GBP – CPI (YoY) (Mar) | 10.4% | 9.8% | – |
17:00 | EUR – CPI (YoY) (Mar) | 8.5% | 6.9% | – |
22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 0.597M | -1.088M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap Rintangan: 102.05, 103.20
Tahap Sokongan: 100.90, 99.75
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap Rintangan: 1.2595, 1.2860
Tahap Sokongan: 1.2345, 1.2120
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada paras rendah. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1100, 1.1300
Tahap sokongan: 1.0890, 1.0740
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 135.20, 139.05
Tahap sokongan: 131.15, 127.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada paras rendah. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6605, 0.6435
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6225, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6080, 0.5960
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3675
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3155
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9070, 0.9235
Tahap sokongan: 0.8920, 0.8765
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 81.30, 86.40
Tahap sokongan: 76.80, 73.10
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 2025.70, 2069.15
Tahap sokongan: 1987.85, 1948.50