83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Jun 2020                         Analisis Sesi Petang

 

Paun melanjutkan kerugiannya berikutan dengan ketakutan Brexit.

Mata wang paun sterling yang berbanding dengan dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh pada lewat sesi Asia susulan dengan tanda-tanda mengenai hubungan UK dan EU masih rapuh. Menurut kepada laporan dari Bloomberg, EU menyatakan bahawa ia akan mengenakan kawalan dan pemeriksaan sepenuhnya terhadap barang-barang UK pada tahun 2021 sebelum tempoh akhir peralihan 31 Disember. Selain itu, UK juga menyatakan bahawa pada separuh pertama tahun 2021, kebanyakan syarikat yang memindahkan barang ke Britain akan mendapat enam bulan untuk membayar sebarang tarif yang harus dibayar, walaupun dengan kesepakatan pasca-Brexit tidak tercapai. Tanda-tanda hubungan yang lemah antara U.K dan EU telah meningkatkan keraguan terhadap kemungkinan dalam perjanjian perdagangan dan mengurangkan optimisme pasaran. Selain itu, sentimen dovish dari BoE juga menimbulkan tekanan tambahan kepada paun sterling. BoE mengekalkan kadar yang stabil pada paras terendah 0.1% dan meningkatkan pembelian bonnya sebanyak £ 100 bilion. Ia juga menyatakan bahawa ia bersedia untuk mengambil tindakan lebih lanjut yang diperlukan untuk menyokong ekonomi dan meningkatkan inflasi ke sasaran 2%. Pada masa penulisan, GBP/USD telah jatuh sebanyak 0.04% kepada $ 1.2420.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.72% hingga 39.25 setong susulan dengan kepercayaan pasaran terhadap pemotongan bekalan. Mengikuti laporan terbaru, Iraq dan Kazakhstan telah berjanji untuk mengimbangi pengeluaran berlebihan pada Mei atas komitmen pemotongan bekalan mereka. Selain itu, komen positif dari pihak perdagangan minyak yang tersesar Vitol dan Trafigura juga membantu meningkatkan sentimen di mana mereka meramalkan permintaan akan meningkat dengan ketara. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.17% kepada $ 1725.97 pada masa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam penghindaran risiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Retail Sales (MoM) (May) -18.1% 5.8%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) -0.4% -12.8%
01:00

(20th)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 199

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 96.90. MACD yang memaparkan bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 97.60.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.35

Tahap sokongan: 95.95, 95.00

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumyna di 1.2485. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2250.

 

Tahap rintangan: 1.2485, 1.2585

Tahap sokongan: 1.2250, 1.1965

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1240. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1240.

 

Tahap rintangan: 1.1240, 1.1400

Tahap sokongan: 1.1115, 1.1025

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.15. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 107.15, 108.15

Tahap sokongan: 106.20, 104.80

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran meningkat. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan aliran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6935, 0.7215

Tahap sokongan: 0.6655, 0.6310

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan  pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6565, 0.6735

Tahap sokongan: 0.6405, 0.6200

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3650.

 

Tahap rintangan: 1.3650, 1.3830

Tahap sokongan: 1.3360, 1.3075

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9540.

 

Tahap rintangan: 0.9540, 0.9625

Tahap sokongan: 0.9455, 0.9335

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 39.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 39.25, 41.00

Tahap sokongan: 37.55, 35.60

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1721.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1732.75.

 

Tahap rintangan: 1732.75, 1743.75

Tahap sokongan: 1721.60, 1707.25