19 Ogos 2021 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak berikutan Fed mengeluarkan nada hawkish.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menerima momentum bullish semalam ke atas latar belakang kenyataan hawkish dari Federal Reserve semalam. Menurut kepada Reuters, kebanyakan pembuat dasar Federal Reserve percaya bahawa wajar bagi Fed untuk mula mengurangkan program pembelian bon tahun ini selepas pemulihan ekonomi dengan ketara. Sebelumnya, Fed telah menetapkan sasaran untuk memulakan pengurangan pembelian bon. Sejak pertemuan bulan Julai, pasaran tenaga kerja dari Amerika Syarikat telah meningkat dengan ketara kerana ekonomi menghasilkan 943,000 pekerjaan bulan lalu. Tambahan pula, data-data ekonomi terdahulu telah menunjukkan kadar inflasi telah meningkat dengan ketara dan ia juga lebih tinggi daripada jangkaan terdahulu dari Fed. Meskipun demikian, kebangkitan semula kes-kes Covid-19 di seluruh dunia telah menimbulkan keraguan pada tahap pemulihan, mengurangkan harapan untuk mengetatkan dasar monetari. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.21% ke 93.35.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.05% ke $64,50 setong semasa penulisan di tengah-tengah peningkatan jumlah varian Delta di seluruh dunia terus mencetuskan prospek negatif untuk permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.14% ke $1785.60 se troy auns susulan dengan peningkatan ke atas Dolar AS.
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 375K | 360K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug) | 21.9 | 25 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 93.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 93.25, 94.65
Tahap sokongan: 91.80, 90.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3740. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3880, 1.3980
Tahap sokongan: 1.3805, 1.3740

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1705. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1635.
Tahap rintangan: 1.1705, 1.1775
Tahap sokongan: 1.1635, 1.1550

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 109.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.55.
Tahap rintangan: 110.55, 111.10
Tahap sokongan: 109.75, 109.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7240, 0.7320
Tahap sokongan: 0.7160, 0.7045

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6915. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.7120
Tahap sokongan: 0.6765, 0.6675

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2670. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2670, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2585, 1.2440

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9135. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9230.
Tahap rintangan: 0.9230, 0.9305
Tahap sokongan: 0.9135, 0.9035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 65.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 63.45.
Tahap rintangan: 65.05, 66.25
Tahap sokongan: 63.50, 61.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1794.30. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1773.35
Tahap rintangan: 1794.30, 1812.50
Tahap sokongan: 1773.35, 1754.40