19 September 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar kekal tinggi menjelang Mesyuarat Fed.
Indeks dolar, yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berlegar berhampiran paras tinggi baru-baru ini kerana pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah secara agresif dalam mesyuarat akan datang. Pada khamis lalu, data Jualan Runcit AS untuk bulan Ogos mencapai 0.3%, lebih tinggi sedikit daripada ramalan konsensus 0.2%, menunjukkan kekukuhan perbelanjaan pengguna sementara kadar inflasi masih sangat tinggi. Keuntungan ini, sebenarnya, telah mengatasi inflasi dan menandakan pembalikan dari Julai -0.4% penurunan, di mana perbelanjaan pengguna meningkat pada kadar yang stabil sepanjang bulan. Namun begitu, para pelabur sedang menunggu keputusan kenaikan kadar Rizab Persekutuan pada 22hb September sebelum menyusun semula portfolio pelaburan mereka. Pada ketika ini, pelabur secara meluas menjangkakan Rizab Persekutuan akan meningkat sekurang-kurangnya 75 mata asas, manakala kenaikan kadar 100 mata asas juga berada di atas meja. Oleh itu, dolar dijangka terus disokong oleh pandangan bahawa Fed akan mengekalkan dasar pengetatan secara agresif pada masa hadapan. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.11% ke 109.65.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.40% ke $85.35 setong tetapi kekal berayun di paras yang rendah di tengah-tengah kebimbangan bahawa kenaikan kadar yang tinggi akan menjejaskan permintaan global pada masa hadapan. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.20% ke $1678.70 setiap troy auns disebabkan oleh kelemahan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY Respect for the Aged Day
All Day GBP Bank Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 NZD RBNZ Gov Orr Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 109.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.65, 111.20
Tahap sokongan: 108.50, 107.85
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.1455. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1350.
Tahap rintangan: 1.1455, 1.1620
Tahap sokongan: 1.1350, 1.1200
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.0000. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 1.0075, 1.0155
Tahap sokongan: 1.0000, 0.9910
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 141.50.
Tahap rintangan: 146.50, 149.90
Tahap sokongan: 141.50, 136.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6725, 0.6860
Tahap sokongan: 0.6640, 0.6530
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6030.
Tahap rintangan: 0.6030, 0.6140
Tahap sokongan: 0.5925, 0.5845
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3220. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3140
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9590. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9675.
Tahap rintangan: 0.9675, 0.9750
Tahap sokongan: 0.9590, 0.9520
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 86.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 86.15, 89.45
Tahap sokongan: 83.50, 80.60
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1678.80. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1678.80, 1707.90
Tahap sokongan: 1637.45, 1595.60