19 September 2022 Analisis Sesi Petang
Pound menurun berikutan dengan data ekonomi buruk mencetuskan risiko kemelesetan.
Pound Sterling telah menurun dengan ketara minggu lepas berikutan dengan data ekonomi yang buruk telah mencetuskan kebimbangan kemelesetan, yang selanjutnya mengurangkan daya tarikan ke atas Pound Sterling. Menurut kepada Office for National Statistics, Data Retail Sales dari rantau UK untuk bulan lepas telah turun dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.4% ke bacaan sebanyak -1.6%, melepasi ramalan pasaran sebanyak -0.5%. Dengan purata gaji UK yang terus menurun di belakang kenaikan harga dan kos pinjaman yang lebih tinggi, peserta pasaran kekal pesimis terhadap perkembangan ekonomi di United Kingdom. Selain itu, Bank Dunia memberi amaran bahawa pasaran kewangan global mungkin menuju ke arah kitaran kemelesetan berikutan jangkaan kenaikan kadar yang agresif daripada bank pusat, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari rantau aset berisiko seperti Pound Sterling ke arah aset selamat Dolar AS. Namun begitu, para pelabur akan memberi pemantauan terhadap keputusan dasar monetari daripada Bank of England pada hari Khamis untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Pembuat Dasar UK dijangka untuk meningkatkan kadar faedah mereka sebanyak 50 mata asas lagi untuk menstabilkan risiko inflasi. Semasa penulisan, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.09% ke 1.1403.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.20% ke $85.15 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan risiko kemelesetan global yang semakin meningkat terus menjejaskan permintaan pasaran terhadap komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.36% ke $1669.00 se troy auns setakat penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day JPY Respect for the Aged Day
All Day GBP Bank Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 NZD RBNZ Gov Orr Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.70, 112.65
Tahap sokongan : 104.85, 101.30
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1585, 1.1730
Tahap sokongan : 1.1405, 1.1310
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0060, 1.0180
Tahap sokongan : 0.9955, 0.9875
USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 145.35, 152.80
Tahap sokongan : 140.75, 136.55
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6980
Tahap sokongan : 0.6705, 0.6595
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6050, 0.6155
Tahap sokongan : 0.5945, 0.5845
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3320, 1.3435
Tahap sokongan : 1.3195, 1.3100
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9740, 0.9855
Tahap sokongan : 0.9635, 0.9515
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek .
Tahap rintangan: 89.65, 92.60
Tahap sokongan : 84.90, 81.40
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1680.00, 1693.65
Tahap sokongan : 1656.10, 1642.20