19 Oktober 2020 Analisis Sesi Petang
Euro tergelincir terhadap coronavirus, kebuntuan Brexit.
Semasa awal sesi Asia, mata wang Euro yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain terus melanjutkan kerugiannya susulan dengan koronavirus yang semakin teruk tetap menekan sentimen pasaran. Mengikuti perkembangan yang terbaru dalam koronavirus, salah seorang anggota EU, Itali telah menyaksikan lonjakan yang berterusan dalam kes COVID-19 dan menyebabkan pengumuman untuk lebih banyak sekatan yang merangkumi waktu pembukaan restoran yang terhad dan jumlah yang terhad dalam perjumpaan awam. Negara-negara EU yang lain seperti Perancis juga mengenakan kembali sekatan untuk mengekang penyebaran virus. Keadaan koronavirus yang semakin teruk dan sekatan yang dikenakan semula sekali lagi boleh mempengaruhi potensi pemulihan ekonomi yang sudah rapuh di EU. Pada masa yang sama, ketidakpastian dalam Brexit juga terus memberi tekanan yang negatif terhadap mata wang di mana EU dan UK mengekalkan nada yang keras pada isu-isu utama tertentu seperti perikanan dan padang persaingan. Pada masa penulisan, EUR/USD merosot sebanyak 0.05% ke 1.1708.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.12% kepada $41.00 setong pada masa penulisan susulan dengan data China yang lemah. Oleh kerana pertumbuhan ekonomi China adalah tidak bertambah baik seperti yang dijangkakan mengikuti data GDP yang lebih lemah daripada yang dijangkakan, kegilaan pembelian minyak dari China dijangka akan perlahan pada suku keempat dan memberi kesan pada harga minyak. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.26% kepada $ 1905,14 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan pelbagai risiko geopolitik yang membantu meningkatkan permintaan untuk komoditi yang selamat ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 USD Fed Chair Powell Speaks
20:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 93.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 94.10.
Tahap rintangan: 94.10, 94.90
Tahap sokongan: 93.50, 92.70

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2885.
Tahap rintangan: 1.2945, 1.3000
Tahap sokongan: 1.2885, 1.2815

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1705. However, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.1765, 1.1810
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1675

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 105.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan di 105.75.
Tahap rintangan: 105.75, 106.05
Tahap sokongan: 105.15, 104.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.7075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7140.
Tahap rintangan: 0.7140, 0.7205
Tahap sokongan: 0.7075, 0.7010

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6610. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6660.
Tahap rintangan: 0.6660, 0.6725
Tahap sokongan: 0.6610, 0.6570

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3235. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3140.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3025

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.9120. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9180.
Tahap rintangan: 0.9180, 0.9225
Tahap sokongan: 0.9120, 0.9050

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 40.90. MACD yang masih memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 41.40.
Tahap rintangan: 41.40, 42.15
Tahap sokongan: 40.90, 40.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1899.40. Oleh disebabkan kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu lebih banyak isyarat sebelum memasuki ke pasaran.
Tahap rintangan: 1915.75, 1939.60
Tahap sokongan: 1899.40, 1876.85