19 November 2020 Analisis Sesi Pagi
Paun meningkat susulan dengan data ekonomi positif.
Paun Sterling telah meningkat semalam selepas data yang positif telah dibebaskan. Menurut kepada Office for National Statistics, U.K. Consumer Price Indeks (CPI) telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 0.5% ke bacaan sebanyak 0.7%, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.6%, yang selanjutnya mencetuskan prospek positif ke atas perkembangan ekonomi di UK sambil meningkatkan permintaan ke atas pasangan Paun Sterling. Tambahan pula, peningkatan sentimen selera risiko dalam pasaran FX susulan dengan berita positif mengenai Vaksin Koronavirus telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko seperti Paun Sterling, yang selanjutnya memberikan momentum bullish ke atas Paun Sterling. Menurut kepada CNBC, Pfizer dan BioNTech menegaskan pada hari Rabu yang lalu bahawa analisis data akhir mendapati vaksin Covid-19 adalah 95% berkesan dalam mencegah virus tersebut. Tambahan pula, mereka juga mengulangi bahawa keberkesanan vaksin itu konsisten di semua peringkat, umur, bangsa dan etnik. Walau bagaimanapun, Paun Sterling telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan ketidakstabilan mengenai isu Brexit masih berlegar dalam pasaran kewangan UK. Justerunya, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai isu Brexit untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.01% ke 1.3270.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.07% ke $41.80 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas Energy Information Administration (EIA) melaporkan bahawa inventori minyak mentah telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 4.278M ke bacaan sebanyak 0.768M, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.650M. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.05% ke $1871.80 se troy auns susulan dengan prospek positif terhadap perkembangan vaksin Covid-19 telah mengurangkan permintaan ke atas aset selamat tersebut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 709K | 705K | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) | 32.3 | 24.0 | – |
| 23:00 | USD – Existing Home Sales (Oct) | 6.54M | 6.45M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 92.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 92.55.
Tahap rintangan: 92.45, 93.00
Tahap sokongan: 92.10, 91.75

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3270. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3270, 1.3310
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3160

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1855. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1810.
Tahap rintangan: 1.1855, 1.1890
Tahap sokongan: 1.1810, 1.1765

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 104.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 103.20.
Tahap rintangan: 104.50, 106.05
Tahap sokongan: 103.20, 101.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7320. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7320, 0.7430
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7100

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6930. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6930, 0.7110
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3035. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3105.
Tahap rintangan: 1.3105, 1.3155
Tahap sokongan: 1.3035, 1.2965

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9100. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9140.
Tahap rintangan: 0.9140, 0.9175
Tahap sokongan: 0.9100, 0.9055

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 42.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 42.25, 43.70
Tahap sokongan: 40.05, 38.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1875.45. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1862.50.
Tahap rintangan: 1875.45, 1894.85
Tahap sokongan: 1862.50, 1851.15