83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Disember 2018                             Analisis Sesi Pagi

 

 

Hakikat dolar bergantung kepada dot-plot.

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain sementara mesyuarat dua hari Bank Pusat AS (Fed) bermula pada semalam. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.12% dan disebut niaga berhampiran 96.44 semasa awal sesi Asia. Dolar telah mengalami tekanan menurun semenjak hari Isnin yang lepas berikutan dengan jangkaan yang meluas ke atas Fed untuk mengadaptasi sentimen dovish ke atas polisi kewangan dan ramalan ekonomi masa depan. Faktor yang menyokong sentimen tersebut termasuk data yang suram untuk tempoh kebelakangkan ini dan risiko perang perdagangan diantara AS dan China. Walaupun Fed dijangka untuk meningkatkan kadar faedah pada malam ini, para penganalisis meramal kekerapan kenaikan yang lebih rendah untuk tahun depan dari 3 kali sebelum ini kepada 2 kali sahaja. Tambahan pula, dolar gagal untuk melalukan sebarang pemulihan dari paras rendahnya selepas Perdana Menteri AS Donald Trump mengkritik Fed pada semalam. Trump di dalam tweet mengkritik mesyuarat dua hari Fed sambil menyeru ahlinya untuk tidak meningkatkan kadar faedah oleh kerana data ekonomi semasa adalah “tidak bermakna”. Sebaliknya, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.09% ke 1.2652 semasa penulisan. Sterling menerima sokongan bullish selepas kerajaan British mengumumkan untuk membuat persiapan bagi menghadapi Brexit “tiada perjanjian” di mana UK berkemungkinan untuk berpisah dengan zon Eropah tanpa perjanjian perdagangan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 4.52% ke $46.72 setong, paras yang terendah di dalam tempoh 15 bulan. Harga minyak telah meneruskan kerugiannya menjelang musim cuti di mana para pelabur yang memasuki pasaran BUY dari paras yang lebih rendah makin berkurangan. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.01% ke $1,249.72 se troy auns sementara para pelabur menunggu pembebasan keputusan kadar faedah dari Fed pada malam nanti.

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

03:00 (20hb)        USD                        FOMC Economic Projections

03:00                     USD                        FOMC Statement

03:30                     USD                        FOMC Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German PPI (MoM) (Nov) 0.3% -0.1%
17:30 GBP – CPI (YoY) (Nov) 2.4% 2.3%
21:30 CAD – Core CPI (MoM) (Nov) 0.4%
23:00 USD – Existing Home Sales (Nov) 5.22M 5.20M
23:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories -1.208M -2.437M
03:00

(20hb)

USD – Fed Interest Rate Decision 2.25% 2.50%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah sasaran 96.45. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 96.25.

Tahap rintangan: 96.45, 96.60

Tahap sokongan: 96.25, 95.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 1.2700.

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2770

Tahap sokongan: 1.2575, 1.2500

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1410.

Tahap rintangan: 1.1410, 1.1450

Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 112.35.

Tahap rintangan: 112.60, 112.95

Tahap sokongan: 112.35, 112.10

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7170. MACD yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.7220.

Tahap rintangan: 0.7220, 0.7265

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6840. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6890.

Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940

Tahap sokongan: 0.6840, 0.6780

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 1.3530, 1.3615

Tahap sokongan: 1.3430, 1.3380

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9930. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menguji semula di paras berhampiran 0.9905.

Tahap rintangan: 0.9930, 0.9955

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9870

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras terendah di dalam tempoh 15 bulan. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 47.50, 49.50

Tahap sokongan: 45.40, 42.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1237.25. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 1253.00, 1263.20

Tahap sokongan: 1242.10, 1237.25